Dulu nak lep4k RM5 pun takde, kini Haqiem Rusli syukur dengan rezeki

 

Penyanyi dan penulis lagu, Ridzuan Haqiem Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli meluahkan bahawa dia langsung tidak pernah terfikir merasai nikmat kejayaan seperti apa yang dikecapinya kini.

Menurut penyanyi berusia 22 tahun itu, dia beranggapan dirinya hanyalah seorang budak kampung, jadi segala yang berlaku begitu pantas dan dia sangat bersyukur dikurniakan rezeki sebegitu rupa.

“Saya tak pernah jangka. Saya pun tak sangka semua ni berlaku dalam hidup saya. Suatu masa dahulu, saya hanya budak kampung tiba-tiba segalanya berubah 360 darjah. 
“Jujur saya katakan, dulu kalau saya nak lepak RM5 pun saya takda. Dalam 2017, semuanya berubah,” katanya apabila ditemubual oleh pihak Media Hiburan.

Walaupun ramai menanganggap kontr0versi suatu ketika dahulu merupakan batu loncatan bagi kejayaannya sekarang, Haqiem memberitahu segalanya telah diatur dengan baik oleh yang maha Esa.

Dalam pada itu, Haqiem turut menyatakan kehairanan apabila melihat ‘per4ngai’ beberapa artis yang suka melihat kejatuhan selebriti lain. Tambahnya lagi sebagai rakan industri, haruslah menyokong satu sama lain

“Saya tidak pernah mengec4m orang di media sosial. Saya tak pernah kac4u orang. Nak komen seseorang itu menyanyi atau berlakon tak bagus, buat apa?

“Saya tak faham kenapa budaya sekarang ni, kalau seseorang artis buat hal, artis yang lain pun nak kec4m. Kenapa nak kena ada prinsip hati yang busuk tu. Sebagai artis kita kena sokong sesama sendiri,” luah Haqiem.

Terdahulu, dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 pada November lalu.<
Sumber Media Hiburan via OM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*