Sudah Dua Kali Pkp Penulis Teater Kesal Ogy Belum Langsai Hvtang

 

Tahun lalu, hangat diperkatakan apabila penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Senandung iaitu Aloy Paradoks mendedahkan masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit, Fauziah Ahmad Daud.

Sudah beberapa bulan berlalu, penulis skrip berkenaan mended4hkan sehingga kini bayaran tersebut masih belum diselesaikan oleh Ogy.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Aloy meluahkan rasa kesal walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun bayaran masih belum diselesaikan lagi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan nasib penulis itu serta berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.

Pada Mei tahun lalu, Ogy didesak untuk melunaskan bayaran oleh beberapa krew dan artis terlibat dengan pementasan teater tersebut antaranya Khir Rahman dan Syura Badron.

Difahamkan, teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman itu dibintangi telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/sudah-dua-kali-pkp-penulis-teater-kesal-ogy-belum-langsai-hutang/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*