“Fatima o Fatima! Dah Besar, Cutenya Dia!”- Video Pertama Gelagat Fatima Ditonton Hampir 900 Ribu

 

Sekian lama peminat menantikan perkongsian wajah anak pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin ternyata pada awal Januari lalu pasangan pelakon sama cantik, sama padan itu mendedahkan wajah puteri mereka yang diberi nama, Nur Fatima Aisya.

Selepas mendedahkan wajah Nur Fatima Aisya kepada umum nampaknya orang ramai tidak puas untuk melihat puteri kesayangan Fazura itu yang semakin membesar.

Umum sedia tahu bahawa Nur Fatima Aisya dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun pasangan terbabit mendirikan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Walau bagaimanapun posting Fazura nampaknya mengundang orang ramai men1ngg4lkan ribuan reaksi kepadanya selepas memuat naik video rakaman pendek cahaya mata sulungnya itu diruangan Instagram peribadinya yang telah mempunyai jumlah pengikut mencecah 5.5 juta.

Posting Fazura yang memaparkan video gelagat Fatima yang dikongsikan dalam masa yang sekejap sahaja itu ditonton hampir 900 ribu kali sehingga juga mendapat hampir 200,000 tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dalam pada itu, diruangan komen ternyata lebih 2,600 komen ditinggalkan para selebriti dan peminat Fazura apabila kecomelan anaknya itu menarik perhatian mereka.

Ada juga rakan selebriti turut teruja melihat video Fatima itu yang sebelum ini hanya dikongsikan fotonya masih bayi namun kini sudah berusia beberapa bulan sekali gus dirasakan begitu cepat puteri Fazura itu membesar.

“Alah alah comelnya baby Fatima”

Fatima AisyaScreenshot_271

“She is so…”

Fatima Aisya

“Fatima o Fatima! Dah besar da ya, cutenya dia!”

Fatima AisyaScreenshot_274

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*