PENYAMPAI radio dan pelawak, Shuib mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, keputusan itu dibuat bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap perniagaannya yang semakin berkembang maju.
“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.
“Keputusan ini dibuat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu.
“Sekarang tumpuan saya adalah untuk fokus pada perniagaan dahulu dan saya pun tak boleh nak cakap tempoh masa berapa lama saya akan berehat nanti,” katanya kepada mStar.
Shuib akan bersiaran buat kali terakhir di GPH bersama Shuk dan Fizi pada Jumaat ini.
Shuib juga telah membuat pengumuman untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM pagi Isnin.
Shuib akan bersiaran untuk segmen Geng Pagi Hot (GPH) buat kali terakhir pada Jumaat ini.
Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.
SHUIB
PENYAMPAI RADIO, PELAWAK
“Sukar sebenarnya untuk saya melepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula (kalau masih bergelar penyampai radio).
“Sebab kita tahulah kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio.
“Macam mana saya nak fokus pada bisnes… sebab itu saya terpaksa ambil keputusan ini.
“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baharu saya tahu ramai juga yang suka dengar celoteh saya di Hot FM, saya hargai semua itu,” katanya.
Sementara itu, isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 37, berkata dia sentiasa menyokong keputusan yang dibuat suaminya.
Shuib mahu menumpukan fokus terhadap perniagaannya.
“Saya memang sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh suami. Kalau dia dah buat sesuatu keputusan itu, lagi-lagi melibatkan perkara besar macam ini maknanya memang dia dah fikir habis-habisanlah tu.
“Setahu saya ini bukan kali pertama dia pernah cakap dia nak berhenti dan sekarang dia memang dah betul-betul nekad.
“Sebagai isteri, saya akan ikut sahaja apa yang dia mahu lakukan,” ujar Sarah.
Shuib menyertai Hot FM pada bulan Februari 2019. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyertai Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya.
Shuib juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya.
Sumber: Mstar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply