“Setiap Manusia Lakukan Kesilapan, Beri Peluang Saya Perbetulkan Diri” Syuk Akui Dia Tersilap

 

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi.

Sementara itu, menerusi entri terbaru dimuatnaik sebentar tadi, Rossalennah memuatnaik paparan skrin status yang ditulis Fara berhubung Rossalennah.

Berikut adalah respon balas ditulis Fara yang didedahkan oleh Rossalennah;

Fara antara lain berkata, dia tidak pernah menghalau Rossalennah, sebaliknya hanya menutup pintu dan Rossalennah telah pulang sendiri.

Selain itu, Fara mendkwa dia tidak sembunyikan ‘manusia’ (Shuk) di dalam rumahnya.

” Semalam kau kata nak call JAIS kalau aku tak bagi kau masuk, aku persilakan kau call JAIS.

” Aku siap bagitau call polis sekali sebab kalau kau je maaflah ya, memang aku takkan bagi masuk, sebab rumah aku.

” Aku offer video call untuk tourtour rumah segala pelusuk aku boleh tunjuk kalau betul aku sembunyikan manusia dalam rumah, tapi kau taknak! Kenapa??

” Aku ada soalan;

” 1- Bila masa aku h4Iau kau? Kau yang taknak balik dan nak tunggu depan rumah sampailah manusia kau cari tu keluar so then aku pun tutuplah pintu sambung tidur.

” 2- Bila masa aku dirayu sambil kau menangis? Kau berikan aku arahan sis, bukan merayu kat aku, dan ugut untuk pec4hkan pintu rumah.

” 3- Bila masa aku campak kasut kat kau? Aku bagi dua-dua belah tu melalui jeriji besi.” tulis Fara.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet membela Rossalennah dengan mendkwa Fara masih mahu menegakkan benang yang basah.

Apatah lagi Fara sendiri mengakui tentang kasut Shuk yang berada di dalam rumahnya.

” Dia bagi kasut shuk. Cemana pulak kasut si shuk tu ada kt rumah dia. Hahahahaha” tulis Ain.

Hujung bulan lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga.

Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

Tidak Mahu Terpalit Sama, Jiran Fara Ceritakan Kejadian Sebenar

Isteri Shuk Hot FM telah memuat naik 1 tangkap perbualan antara dia dan seorang individu.

Individu tersebut bertanyakan kepada Rossalennah pada jam berapa dia pulang.

Ia selepas datang ke rumah wanita yang dikatakan ada hubungan dengan Shuk.

Menurut perbualan itu, dikatakan jiran nampak Shuk HotFM turun dari balkoni pada pukul 3 pagi.

Dan Rossa memberitahu pada waktu itu juga dia datang.

Jiran itu memberitahu sebab kenapa Shuk turun balkoni adalah kerana powerbank terjatuh.

Tidak dapat disahihkan samada perkara ini benar benar berlaku atau pun tidak tetapi ini yang telah di screenshot oleh Rossa, isteri Shuk Hot FM.

  

“Sebagai seorang lelaki dan suami, saya tak lari dari melakukan kesalahan” – Shuk Sahar

“Saya mengaku pernah kenal dia, isteri saya pun tahu. Tapi, benda itu dah selesai pun.

Saya sudah berbincang dengan isteri dan saya enggan memberikan komen mengenai perkara yang sudah lepas.

“Saya mahu move on dan fokus kepada kerjaya serta keluarga.

Apa yang penting bagi saya adalah isteri ada bersama di sisi. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Hujung bulan lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga.

Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

Tambah Shuk, dia bukanlah orang yang tepat mahu menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

“Saya sendiri tak dapat bagi komen kerana saya tak kenal pun individu yang mengeluarkan cerita terbabit.

“Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab semua persoalan.

Saya mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan itu beberapa tahun lalu tetapi semuanya telah pun selesai.

“Hubungan saya dan isteri juga baik-baik sahaja. Sebagai seorang lelaki dan suami, saya tak lari dari melakukan kesalahan.

Saya sudah belajar dari pengalaman dan mahu mempertahankan keluarga saya sampai bila-bila,” katanya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

                

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

 

Sumber : GSTV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*