[VIDEO] “Terharunya Papa…” Pertama Kali Terima Duit Belanja, Norman Hakim Syukur Dikurniakan Anak Soleh

 

Memiliki zuriat yang soleh dan solehah adalah impian setiap individu yang bergelar ibu dan bapa.

Begitu juga dengan pelakon terkenal, Norman Hakim yang sememangnya dikenali dengan sifat penyayang beliau sebagai seorang bapa.

Terbaharu, melalui perkongsian pelakon itu di laman Instagram beliau, Norman memuat naik satu hantaran video  tidak sangka menerima wang belanja yang diberi oleh anak lelakinya, Danish Hakim.

Perkongsian berkenaan turut di muat naik dengan kaspyen :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

“Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah2 bila bersedekah & bagi duit belanja pada parents.

Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak2 untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yg mmg dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah. Semoga kita sama2 sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya🤲🏻❤️

Mohon doakan jugak untuk exam SPM abang @danishhakimofficial in shaa Allah kalau takde aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti🙏🏻”

Di dalam hantaran berkenaan, Norman menunjukkan beliau memegang duit kertas RM200 yang diberi oleh anak lelakinya, Danish.

Terharu dengan pemberian dari anak lelaki bujangnya itu, Norman memberitahu bahawa dia tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk memberi wang kepada ibu bapa kerana beliau masih mampu akan tetapi, anaknya mengambil contoh baik dirinya yang selalu memberi wang kepada ibu bapa mereka.

Malah Norman turut berkata bahawa jumlah yang diberi oleh Danish tidak penting, yang penting adalah ingatan terhadapnya.

Ibu bapa mana yag tidak bersyukur apabila mempunyai anak soleh sebegini. Sejuk perut ibu mengandung!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut sama memuji tindakan anak beliau.

Alhamdullilah, semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Sumber: Instagram Norman Hakim

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*