Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.
Farah Nur Syifa, 20, memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal.
Lebih mesra dipanggil Fafa, pada awalnya pekerjaan ini sekadar sambilan.
Ttapi memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.
“Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi.
Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.
“Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja.
Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.
“Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la.
Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.
“Saya memilih kerjaya penghantar makanan juga kerana minat dengan motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun,”.
Fafa, 20, berkata, walaupun kerjaya itu didominasi kaum lelaki.
Ia tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghantar makanan.
Katanya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan adalah lelaki.
“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” katanya.
Tambah pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini berkata dia gembira dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan.
Mereka rata-ratanya memberi layanan yang baik.
Gadis berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pada awalnya, ibu bapanya bimbang dengan keselamatannya sebagai penghantar makanan.
Namun dia membuktikan boleh menjaga diri dan sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa menunggang.
Katanya, pada zaman ini, remaja tidak boleh memilih pekerjaan dan sebagai kaum wanita perlu berani meneroka pelbagai bidang.
“Saya sering mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit dan kali terakhir mengikuti kembara itu pada 5 Januari lalu.
“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur.
Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.
“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.
“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka.
Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan (frontliner),” kata Fafa.
Dalam pada itu, mempunyai wajah yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.
“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan.
Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.
“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen.
Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” katanya menutup perbualan.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Sumber : lamanmayapw
Leave a Reply