Kisah kebanjiran warga asing di negara kita bukanlah sesuatu yang asing kita dengar.
Saban hari terpampang di dada akhbar dan kaca tv berita berkenaan isu membabitkan warga asing dan kebanyakannya isu yang neg4tif.
Antaranya ialah mendiami sesuatu kawasan dan membawa budaya mereka serta menjadikan tempat itu seolah-olah berada di negara sendiri.
Terbaru, pusat Bandar Utara Selayang dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur terkenal sebagai penempatan pendatang asing terutama etnik R0hingya sejak bertahun lamanya.
Walaupun tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) kerap dilakukan Jabatan Imigresen sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19), keadaan di kawasan berkenaan masih tidak menunjukkan perubahan besar.
Tinjauan Sinar Harian mendapati warga Myanmar masih menjaja di laluan pejalan kaki bangunan di Pusat Bandar Utara Selayang di sini walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjalankan tindakan penguatkuasaan di kawasan itu hampir setiap hari.
Selain itu, terdapat dalam kalangan mereka meraih ihsan orang awam dengan mengemis untuk mencari wang.
Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Ida, 39, berkata, tindakan penguatkuasaan tidak menakutkan orang Myanmar itu daripada terus berniaga di siar kaki tersebut.
” Saya tidak nampak perubahan kerana mereka masih berniaga di sini terutama pada waktu petang.
” Ada dalam kalangan mereka yang berniaga menjual sayur dan sireh macam biasa.
Kalau penguat kuasa datang, mereka memang lari tetapi esoknya berniaga semula,” dakwa wanita tersebut yang tinggal cuma kira-kira 500 dari penempatan warga asing itu.
Bela kambing dalam rumah?
Ida yang sudah 12 tahun tinggal Taman Sri Murni turut mengakui, sebagai rakyat tempatan dia berasa terganggu dengan kebanjiran warga asing berkenaan.
” Mereka tidak menjaga kebersihan sehinggakan ada yang membela kambing di dalam rumah.
” Warga asing ini tidak mahu belajar budaya kita,” katanya.
Sementara itu, seorang penghantar makanan, Wan Yuhana Abdullah, 21, memberitahu, warga Myanmar yang tinggal di kawasan itu sebenarnya tidak sedaif seperti digambarkan sesetengah pihak sebaliknya ada antaranya lebih mewah daripada orang tempatan.
” Mereka lagi kaya daripada orang tempatan. Saya sendiri pernah beberapa kali mendapat pesanan untuk penghantaran makanan di kawasan itu.
” Kebanyakan mereka membuat tempahan makanan segera, namun biasanya saya suruh mereka ambil di bawah kerana saya tidak berani untuk membuat penghantaran hingga ke depan pintu rumah,” kata gadis rider itu lagi.
Sumber: sinarharian
Leave a Reply