Nabila Huda Imbau Kenangan Jadi Pelakon- ” Sampai Bila-Bila Pun Abil Takkan Lupa Dia “

PELAKON Nabila Huda mengimbau kenangan kali pertama dia menceburi bidang lakonan ketika membintangi filem Blok 404 yang ditayangkan pada sekitar tahun 2004.

Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkata, ketika itu dia hanya menerima bayaran sebanyak RM600 termasuklah perlu mengikuti sesi jelajah satu Malaysia bagi mempromosikan filem tersebut.

Biarpun lakonannya dikritik teruk namun aktres berusia 36 tahun ini bersyukur dapat bergandingan dengan pelakon Zamarul Hisham buat pertama kali dan menimba ilmu dengan pengarah filem tersebut iaitu Silver Chong.

Nabila dedah dia melakukan sendiri babak aksi terjun dari tingkat dua.

“Bayaran RM600 termasuk dengan jelajah satu Malaysia macam promosi filem. Murah bukan? Kena kencing mungkin. BBNU kan. Pengarah pertama yang mengarah Abil adalah Uncle Silver Chong.

“Mulut dia jangan cakap la, mak1 dan menjerit sampai nak keluar anak tekak saja setiap masa! Tapi hati dia baik dan dia banyak ajar Abil. Sampai bila-bila pun Abil takkan lupa dia.

“Abil harap dia dalam keadaan baik sekarang. Rindu dia. Masa inilah Abil dan my abang Zamarul dapat digandingkan untuk pertama kali dan tak silap saya, ia kali pertama juga buat dia.

“Masa hari pertama penggambaran dah kena mak1 ini pelakon apa ini berlakon kayu, mana jumpa ini, dan makian bertubi-tubi sampai kita menang1s la,” kata Nabila.

 

Ingat cerita ini takkan famous tapi end up kecoh satu Malaysia sebab meletup gila cerita ini masa itu.

NABILA HUDA

PELAKON

Pemilik nama Nabila Huda Suhaimi ini berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video dia bersama anak perempuannya iaitu Keisha Laila sedang menonton filem itu di Instagram miliknya.

Malah, Nabila turut mendedahkan babak yang memperlihatkan aksi dia terjun dari tingkat dua itu juga dilakukan sendiri kerana produksi tidak mempunyai bajet untuk membayar pelakon lagak aksi atau stuntman.

Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan dia tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon namun terpaksa mencari kerja disebabkan ingin membayar bil telepon rumah arwah neneknya.

Bagaimanapun selepas membintangi filem yang pernah menjadi fenomena itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini mula meminati dan belajar mengenai dunia lakonan.

Nabila seronok dapat berkongsi pengalaman dia mula ceburi bidang lakonan bersama anaknya.

“Berlakon dalam VCD ni bukan kehendak Abil atau impian untuk menjadi seorang pelakon tapi kebetulan pergi casting nak dapatkan job nak bayar bil telepon rumah arwah nenek Abil.

“Sebab aku dah buat salah bergayut sampai bil melambung kena mak1 dengan my mom. Abil tak kenalkan diri atau beritahu sesiapa pun Abil anak Amy Search masa pergi casting.

“Ingat cerita ini takkan famous tapi end up kecoh satu Malaysia sebab meletup gila cerita ini masa itu. After Blok 404 baru Abil berminat nak berlakon dan mula belajar dari bawah.

“Cuba faham shooting, lakonan, camera angle, skrip, emosi, konti, call time dan sebagainya. Macam tak percaya eh boleh kongsi momen ni dengan @lilkupukupu tengok mummy dia masa muda,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*