HANYA menghitung hari menimang cahaya mata kedua, pelakon Scha Alyahya mengakui kehamilan kali ini memberi pengalaman berbeza kepada dirinya.
Bukan sahaja sering kelet1han, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya turut mengalami ped1h ulu hati dan reflux as1d membuatkan dirinya l3mah.
Menurut pelakon berusia 38 tahun ini, bayi dalam kandungannya juga membesar dengan baik dan berharap proses bersalin berjalan lancar.
Scha dan Awal bakal timang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Insya-Allah baby akan lahir bila-bila masa harapnya. Sejujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini, saya berasa sangat bersedia untuk kehamilan kedua saya.
“Untuk mengatakan bahawa ia berbeza dengan kehamilan pertama adalah sesuatu kenyataan yang tidak jelas. Saya tak jangka keletihan ini memberi kesan kepada diri saya dan saya mahu ia berlalu dengan cepat.
“Kena beberapa kali ped1h ulu hati dan reflux asid yang saya perlu hadapi setiap hari menjadikan diri saya lemah sehingga hari ini. Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah cuma trimester pertama saja mencabar.
Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah.
SCHA ALYAHYA
PELAKON
“Baby pula sihat, terbesar pula dalam perut ini. Tiada dua kehamilan yang sama tapi mereka berdua luar biasa dengan cara tersendiri. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah kami akan kongsi berita dengan anda tidak lama lagi,” katanya.
Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkongsi mengenai perkara tersebut dengan memuat naik foto dia memperlihatkan baby bump menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja menantikan kelahiran anak kedua pasangan selebriti itu dan mendoakan agar segala urusan Scha bersalin berjalan dengan lancar.
Scha bersama suami dan anak mereka.
“Kehamilan kedua lagi takut sebab dah tahu rasa dia macam mana beranak. Insya-Allah semoga dipermudahkan segala urusan!
“Gorgeous momma! Semoga dipermudahkan semuanya untuk anda dan keluarga, Scha! Lots of love.
“Tak sabar nak menantikan cahaya mata kedua Scha! Semoga dipermudahkan segala urusan. Scha mengandung pun cantik saja,” komen beberapa netizen.
Pelakon drama popular Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! ini mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: mStar
Leave a Reply