Rezeki Saya Hncur, Siapa Nak Brtggjawab? Pemilik Kedai Ikan Hiasan ‘Sound’ TNB Tersilap Buat Pemotongan

” Terang-terang dah ada signboard dan banner mengatakan ni kedai ikan hiasan. Pihak terlibat membuat siasatan yang tak tepat.

” Disebabkan kecuaian ini, saya telah mengalami kerugian kerana ikan hiasan saya banyak yang m4ti.

” Rezeki hari ini hancur sebab kedai tiada elektrik sampai pukul 4.30pm. Siapa yang akan bertanggungjawab??”

Demikian hantaran dimuatnaik di Facebook oleh seorang pemilik premis perniagaan ikan hiasan susulan operasi dilakukan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemilik premis itu nyata kecewa dengan keghairahan pihak berwajib yang tidak melakukan semakan dengan teliti sebelum mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Kenyataan pihak PoIis

Terdahulu poIis mengesahkan menerima laporan daripada seorang peniaga kedai ikan hiasan yang mendakwa bekalan elektrik di premisnya dipotong pihak berkuasa menyebabkan menanggung kerugian besar.

Pemotongan itu dilakukan pagi semalam dalam satu operasi dijalankan poIis daerah Petaling Jaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), bagi mengekang aktiviti perjvdian.

Ketua PoIis Daerah petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, premis peniaga itu terletak di tingkat atas manakala premis disyaki menjalankan aktiviti perjvdian dalam talian beroperasi di tingkat bawah.

” Alamat diberi sudah betul dan kita (poIis) turun sendiri tunjuk premis yang tersenarai.

” Ada dua kotak (bekalan elektrik) bersebelahan dan pihak TNB tersilap membuat pemotongan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan peniaga ikan hiasan di Facebook yang tular malam tadi.

Peniaga itu mendakwa hanya menyedari premisnya tiada bekalan elektrik pada 4.30 petang menyebabkan ikan hiasannya mati dan menanggung kerugian.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 15 premis yang sebelum ini dijadikan tempat perjvdian dipotong bekalan elektrik.

Warganet curiga, kedai akuarium kat tingkat atas?

Sementara itu menerusi ruangan komen, terdapat segelintir warganet meminta pihak poIis agar menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan pemilik perniagaan ikan hiasan itu.

Menurut mereka, sudah menjadi taktik pemilik premis perjvdian untuk melakukan aktiviti haram itu dengan berselindung disebalik perniagaan yang berdaftar

 

” Harap jangan tangkap bulat-bulat kenyataan ini. Lagi pula jarang sekali kedai akuarium letaknya ditingkat atas.

” Tempat mesin jvdi online ni tak kira tempat premis perniagaan apa sekalipun boleh di selit aktivitinya dan diselindungi dengan perniagaan yang berdaftar.

” PDRM sila siasat kerana dikhuatiri individu tersebut mengaburi mata dengan aktiviti kedai ikan dan buat repot palsu.” tulis individu menggunakan ID, Wiseguy Shikizikata.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*