MODEL dan pelakon, Alicia Amin selamat disatukan dengan jejaka pilihannya yang juga doktor, Farzan Iqbal, 27, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Alicia atau nama sebenar Raja Alicia Raja Amin, 26, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dinikahkan bapanya Raja Amin Raja Mokhtar selaku wali.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri oleh enam orang sahaja iaitu keluarga terdekat.
Sementara itu, wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.
Dalam foto yang dikongsi di Instagram, Alicia dilihat anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Alia Bastaman dan dirias oleh jurusolek terkenal Khir Khalid.
View this post on Instagram
Alicia kongsi momen indah pernikahan di Instagram.
“Hard valentines gift to top Farzan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Rata-rata pengikut turut teruja dengan khabar gembira itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
Malah, rakan artis tidak ketinggalan menulis ucapan tahniah antaranya Nabila Razali, Alvin Chong, Mona Allen, Wak Doyok, Nadia Brian dan Indah Ruhaila.
Peminat mendoakan ikatan perkahwinan Alicia dan suami berkekalan hingga ke jannah.
Sebelum itu, menerusi Instastory, bekas peserta program Asia’s Next Top Model musim kelima ini berkongsi persiapannya sebelum majlis pernikahan.
Nama Alicia Amin kerap menjadi perbualan hangat netizen kerana sering berpenampilan seks1 di laman sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: mStar
Leave a Reply