“Maring Kecek,Hari Ni Nyanyi Pul0k” Guano Preh Sekalo Bereh.. Kasih Iris Leona

Anak gadis pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, 19, sentiasa mendapat perhatian netizen baik di aplikasi Twitter mahupun Tiktok.

Aksi terbarunya di aplikasi Tiktok yang mengunakan nama le yoooooooo na membuatkan ramai geli hati. Mana tidaknya, Leona yang sememangnya kurang fasih berbahasa Melayu cuba untuk bercakap dalam dialet Kelantan dan dia memenuhi permintaan peminat untuk menyanyikan satu lagu Kelantan yang sedang popular iaitu Guano preh sekalo bereh.

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na</a

Melalui perkongsian lain pula, Leona meminta ibunya untuk bercakap bahasa kelantan dengannya. Jom lihat video!

@leonathe2nd

my mom hardly ever speaks to me in malay so how am I supposed to be good

♬ original sound – le yoooooooo na

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen geli hati dan merasakan Leona sangat “cute” bila berbahasa Kelantan.

 

Leona mempunyai seorang kembar iaitu Andika Rees Pahamin, 19, serta seorang kakak, Kasih Leia Ixora yang berusia 22 tahun.

Siapa Kasih Iris Leona? Kasih Iris Leona Azhar atau nama popularnya, Iris Leona merupakan seorang personaliti media sosial Malaysia.

Beliau adalah bintang aplikasi video TikTok dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Kasih Iris Leona binti Azhar.

Menggunakan nama komersial, Iris Leona.

Berumur 18 tahun (2020).

Berasal dari Kuala Lumpur.

Lahir pada 13 Mac 2002.

Anak kepada pasangan Azhar Sulaiman (bapa) dan Chempaka Emalin Pahamin (ibu).

Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.

Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menempa populariti menerusi aplikasi video TikTok.

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @kasihirisleona sehingga kini mencatatkan lebih 206,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pelakon popular, Azhar Sulaiman.

Kakaknya bernama Kasih Leia Ixora, manakala abangnya yang juga kembarnya bernama Andika Rees Pahamin.

Mengumpul lebih 200,000 pengikut di TikTok.

Aktif di TikTok pada Disember 2019 selepas selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mempunyai 50 buah video TikTok yang mana kebanyakannya merupakan video tarian dengan iringan lagu-lagu bertempo pantas.

Tidak menjangka akaun TiktTok diwujudkannya secara suka-suka menjadi tular di kalangan netizen.

Mengambil masa 15 minit untuk menyiapkan sebuah video tarian TikTok yang berdurasi 20 saat.

Rata-rata video dikongsi mencecah hingga ratusan ribu tontonan.
Video TikTok dengan tontonan tertinggi sebanyak 2.6 juta adalah video tarian bersama bapanya.

Mengidolakan Charli D’amelio dan Avani.

Mendapat perhatian pengarah filem dan drama yang menawarkannya watak lakonan, namun ditolak buat masa ini kerana tidak begitu selesa dengan cabang seni itu.

Mendapat keputusan cemerlang 7A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber:cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*