Tok Ram Terima Menantu, Ini Tempat Pelamin Dipasang Buat Ramai Terkedu

Meastro tersohor negara, Datuk Ramli MS menerima menantu apabila anak perempuannya, Nadiah selamat menikah dengan pasangannya, Taufik Farriz, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ɥɐıpɐu (@nadiahramli)

Khabar pernikahan Nadiah yang merupakan anak dari perkahwinan pertamanya dengan Jennifer Thompson itu disampaikan oleh isterinya, Datin Alyah menerusi kemas kini di Instagram.

Dalam kemas kini tersebut, Alyah memuat naik foto mereka sekeluarga di pelamin ringkas yang dipercayai didirikan di dalam kawasan kediaman Ramli.

Selain Alyah, turut kelihatan Jennifer yang juga merupakan orang kuat industri muzik tempatan bersama seorang lagi anak hasil pernikahan dengan Ramli, Najee.Sebagai ibu tiri, Alyah menzahirkan perasaan bahagia dan ucapan terima kasih kerana ikut diberi kesempatan membuat persiapan majlis tersebut.

“Terima kasih @tokram_ramlims untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you Allah,” tulis Alyah.

Penyanyi Jutaan Purnama itu juga mendoakan agar rumah tangga yang dibina Nadiah dan Taufiq berkekalan ke syurga.

Sementara itu, tinjauan Gempak pada akaun Instagram nadiah yang berkhidmat di syarikat rakaman Universal Music menyaksikan dia memuat naik beberapa foto pernikahan dengan Taufiq sambil ‘membocorkan’ detik awal perkenalan mereka.

Melalui tangkapan skrin, Nadiah yang bertunang dengan Taufiq tahun lalu memberi gambaran berkenalan dengan suaminya itu pada 2017 atas satu urusan kerja.

“Look, we’ve come so far (swipe to last photo for our first conversation) we’re finally married yalls,” tulis Nadiah.

Terdahulu, menerusi pengumuman, kerajaan membenarkan majlis seperti perkahwinan diadakan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi mengikut SOP yang telah ditetapkan pada 18 Februari lalu.

 

 

Instagram: @nadiahramli, @alyah81

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*