Tular pasal cikgu Sains yang mengajar di Didik TV dikecam kerana ada istilah salah, sebutan tak ada slang mat saleh, pronounce kureng dan grammar tak betul.
1. Mengajar secara LIVE atau dikonti TV tidak mudah walau untuk mereka yang berpengalaman.
2. Bukan semua orang boleh beraksi dengan natural bila tahu ribuan mata bakal memandang. Maka panic, kesilapan mudah akan berlaku.
3. Guru ini bangsa Melayu. Lahir dan membesar di negara Malaysia. Nak harap dia cakap English slang macam mat saleh? Gila. Sama macam kau suruh mat saleh yang belajar Bahasa Melayu cakap macam kita cakap. Boleh?
4. Beliau guru Sains. Bukan guru English. Keberanian beliau nak tampil ke depan untuk mengajar tu pun dah satu rahmat dan patut dipuji, bukan dikeji.
5. Mata beliau memandang skrip masa mengajar. Kesilapan istilah dan grammar, besar kemungkinan salah dalam skrip yang ditulis. Patut ada pihak professional semak dahulu skrip, patut ada yang proofread sebelum luluskan skrip. Kesilapan dan kelemahan bab ni perlu diperbaiki.
6. Objektif pembelajaran adalah subjek Sains. Maka kesalahan sedikit sebanyak grammar sepatutnya tidak menjadi isu pun. Ilmu dapat disampaikan, murid faham, objektif tercapai. Lain la jika subjek English. Dan sekali lagi, jika ada pihak yang mahir dalam Bahasa Inggeris yang proofread skrip dan semak semua grammar dan istilah sebelum rakaman bermula, pasti lebih baik. Grammar yang betul dapat diguna dalam kelas adalah lebih baik walau bukan subjek English.
7. Mengecam, menyindir, memalukan sesuatu pihak seakan menjadi budaya dalam sesetengah masyarakat kita. Tajuk cerita diperbesarkan, martabat guru diperlekehkan. Ada pihak guna tajuk “Macam ini level cikgu negara kita?” hanya kerana kesalahan kecil. Ada salah, tegur melalui saluran yang betul tanpa perlu memalukan dan menjatuhkan martabat sesiapa.
8. Percayalah. Dalam menuntut ilmu ini perlu ada keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya seorang guru. Guru bukan maksum, ada salah. Kesalahan itu perlu ditegur dengan cara yang betul, bukan dijadi bahan gelak ketawa dan dipersenda.
9. Yang mana hebat sangat mengecam itu ini, cuba tawarkan diri mengajar secara LIVE atau di TV. Nak juga tengok hebat tara mana sampai kecam macam sempurna sangat ni.
10. Buat guru tersebut, anda hebat. Anda sangat berani. Pedulikan kata-kata negatif netizen. Ambil yang positif dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Saya sangat kagum dan bangga dengan cikgu.
Sekian, terima kasih.
#MFS
Berikut reaksi dari netizan
“Kudos kepada cikgu tersebut!! Bukan senang nak buat program sebegini. Orang latih berbulan-bulan untuk baca skrip depan kamera dengan lancar dan tak kaku. Guru pula dijangka serba boleh segala dengan B.Ed sahaja. Kita semua sedang belajar, kita harus menyokong dan membantu antara satu sama lain.”
“X beradab betul org yg hanya tau kritik shj… Walaupn x seberapa pd pandangan dia la…. Sekurangnya cg tu dh cuba sehabis baik itk menyampaikan ilmu yg dia ada.. berbanding dgn org yg hanya pandai komen shj… Tp setakat menulis di alam maya… Sy bimbang kesan jangka panjang pd emosi guru tersebut… Hrp dia akan dpt sokongan sepenuhnya dr semua guru Malaysia.”
“Bergenang air mata bila ada yg menonton dgn tujuan mencari salah berbanding ilmu yg disampaikan. Sy faham sebab sy juga warga pendidik, bukan di sekolah tpi cuma di menara gading dan bahasa english sebagai bahasa penghantar. Tapi bila berdepan pelajar yg terikut budaya menegur dgn cara sindiran, akhirnya memakan diri pelajar tu kembali. Sebab berkat guru jadi tersekat utk redha ilmu tu menjadi berkat ke pelajar yg terikut budaya begitu.”
Adibah Noor tawar diri ajar bahasa Inggeris di DidikTV
PELAKON, penyanyi dan pengacara popular Adibah Noor menawar diri untuk mengajar subjek bahasa Inggeris di saluran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau meluahkan hasrat itu menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu sehingga meraih lebih 19,500 tanda suka dari warga maya yang memberi sokongan kepada bekas guru bahasa Inggeris tersebut.
“Saya nak offer (tawar) diri kepada @KemPendidikan, untuk jadi perantara yang ‘mengajar’ bahasa Inggeris di Didiktv, boleh?” ciapnya pantas mendapat ratusan komen dari warga maya.
Dalam ciapan yang sama, Adibah menjelaskan beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV KPM.
Saluran itu yang kali pertama diperkenalkan, mula bersiaran pada Rabu menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Kementerian Pendidikan melancarkan DidikTV sebagai usaha untuk memberi akses pendidikan kepada semua pelajar di seluruh negara ketika mereka menjalani pembelajaran dalam talian.
Sementara itu, warga maya dikenali Zaza juga menyokong hasrat artis berkenaan.
“Saya sokong. Biar pun apa je orang kutuk, saya sangat berterima kasih kerana banyak yang saya belajar.
“Dari dulu saya selalu ‘follow’ Adibah Noor perbetulkan sebutan yang sepatutnya. Setiap kali ada perkataan baharu dibetulkan, saya akan tunjuk dekat anak-anak saya untuk sama-sama belajar,” ciapnya.
Aiman Mutalib juga bersetuju dengan cadangan pelakon filem Mukhsin itu.
Bagaimanapun kata Aiman, peluang itu boleh juga diberi kepada bakal guru yang masih dalam senarai menunggu.
“Berapa ramai graduan bidang pendidikan yg masih belum dipanggil atau menganggur,” katanya.
KPM disasar jadi platform perkasa budaya ilmu
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap saluran DidikTV KPM yang mula bersiaran hari ini akan menjadi platform memperkasakan budaya ilmu.
Perdana Menteri berkata, saluran yang disiarkan ntv7 itu juga diharap dapat menerapkan nilai murni dan mewujudkan masyarakat bermaklumat.
“Segala usaha ini memerlukan sokongan padu dan kerjasama erat daripada semua pemegang taruh, khususnya murid, guru dan juga ibu bapa.
“Marilah kita semua bersatu hati melaksanakan tanggungjawab dalam menjayakan agenda besar pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang demi masa depan generasi pewaris negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran DidikTV KPM hari ini.
Leave a Reply