Dating berdua dgn ‘madu’, tapi ramai puji keikhlasan wanita ini kongsi suami

Sebut sahaja perkataan ‘poligami’ pasti ramai isteri seperti ‘cacing kepanasan’ dan ada yang mula tidak keruan mendengarnya. Bahkan, ramai yang berpendapat sanggup hidup bersendirian daripada hidup berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Bagaimanapun, bukan semua wanita beranggapan sebegitu malah segelintir mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu seperti yang dikongsi oleh seorang wanita ini.

Biar bermadu janji bahagia

Menggunakan akaun bernama @siigitom, wanita tersebut tidak segan berkongsi video mendedahkan kehidupannya sebagai seorang isteri kedua menerusi aplikasi TikTok miliknya.‘Dating’ bersama madu

Dalam satu video yang dikongsi, dia dilihat cukup bahagia apabila dapat meluangkan masa berdua bersama kakak madunya, iaitu isteri pertama. Malah, kedua-duanya kelihatan begitu rapat sehingga disangkakan seperti adik beradik sewaktu bergambar bersama.

 

Hati baik dan bersih, kongsi suami pun okay

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perkongsian wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji wanita terbabit serta kakak madunya atas keikhlasan berkongsi kasih suami. Memang tidak dinafikan lagi, bukan mudah tau hidup berkongsi suami ini.

Muka seiras, sedap mata memandangSemoga kekal hingga syurga

 

Macam adik beradik, ‘sweet’ sangat

Selain itu, apabila melihat barang kemas yang dipakai oleh kedua-dua wanita berkenaan netizen beranggapan bahawa ternyata suaminya memang berkemampuan untuk berpoligami.

Baguslah begitu, bahagiakan kedua-dua isteri sama rata dan adil! Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga.

Sumber: TikTok @siigitom

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap isteri dalam menerima kedatangan madu ini?

Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’ itu dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….” dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam kotak fikiran.

Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali hendak mengani4yai kaum wanita. Sebenarnya, poligami adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan n4fsu pada diri wanita. Ketika itulah n4fsu akan tertek4n.

Bermadu terasa meny4kitkan kerana n4fsu meronta-ronta minta diturunkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan
bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu, merinti.h dan mentngis di hadapan Allah. Kita akan menatngis, bukan kerana kesal berp0ligami tetapi kerana kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhir4t kelak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*