“Wajah Pan Asian Pelak0n Ini Pern4h Menjadi Rebutan Pr0duser Dan Peng4rah,” Hampir 3 Dek4d

Wajah Pan Asian pelakon ini pernah menjadi rebutan produser dan pengarah untuk dibuat sebagai pelaris filem ditambah pula dengan bakat semulajadi yang dimilikinya.

Sangat terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.

Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais atau lebih kenali sebagai Julia Rais.

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.

Bagaimanapun Julia Rais sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bergelar seorang isteri.

Seperti yang dicatat dalam Wikipedia, hasil perkahwinannya dengan Tengku Abdullah pada tahun 1993, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.

Peminat hampa apabila kelibat Julia juga tidak kelihatan sewaktu majlis pernikahan dan persandingan puteri sulungnya Tengku Puteri Iman Afzan dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 24 Ogos 2018 yang lalu.

Walaupun pelbagai versi cerita tersebar mengenai kehilangan Julia Rais, tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Berikut beberapa andaian atau rumor yang menjawab tentang kehilangan Julia Rais yang kami cuba rangkumkan.

Berhijrah ke London

Ada rumor mengatakan, selepas berkahwin dengan Tengku Abdullah, Julia terus menetap bersama di England .Malah ke semua anaknya juga bersekolah di United Kingdom.

Pilih Tinggal Bersama Ibu Kandung

Ada khabar angin mend4kwa Julia sudah berpisah dengan Tengku Abdullah dan memilih untuk tinggal bersama-sama ibunya yang merupakan seorang warga Britain di United Kingdom.

Dikatakan ketika di Malaysia, Julia menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya kesahihan berita ini.

 

Dikawal Ketat

Ada sumber mengatakan, kehidupan Julia Rais dikawal ketat selepas menjadi sebahagian kerabat diraja. Serba-serbinya mengikut adat istiadat diraja. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal. Jadi ramai yang percaya bahawa ini antara satu sebab mengapa Julia terus menyepikan diri dari dunia lakonan.

Namun Tengku Iman pernah memuatnaik foto yang dipercayai Julia Rais mengendong cucu sulungnya, iaitu anak Tengku Iman bersama Tengku Bakar.

Kalau betullah ini Julia Rais, jelas beliau layak digelar “Hot Grandma!”

Apapun, semua spekulasi yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya. Masih lagi tiada jawapan ke manakah hilangnya pelakon yang menjadi pujaan ramai orang pada suatu ketika dahulu.

Teringin nak tengok wajah Julia Rais yang terbaru!

Sedikit info mengenai Julia Rais

Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais atau lebih dikenali sebagai Julia Rais (lahir 19 Februari 1971) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia, berwajah Pan Asian yang terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.

Julia Rais dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 menerusi perkahwinan pertama bapa beliau, Abdul Rais Yeop, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan. Beliau yang mempunyai wajah pan-Asian iaitu wajah kacukan Inggeris dahulunya menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, Laily Ibrahim adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau mempunyai seorang kakak, Zalina Rais, abang tiri, Rafizal dan kakak tiri, Fazlyn. Beliau juga dikatakan mempunyai perhubungan tali persaudaraan sebagai sepupu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan sepupu tiri kepada pelakon Juliana Ibrahim.

Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari dunia Barat sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Inggeris atau dipanggil pan-Asian yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.

Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dengan permulaan kerjaya beliau sebagai pelakon iklan di televisyen iaitu salah sebuah produk P&G, Rejoice. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dalam video klip dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan Search yang dikatakan sesuai dengan wajahnya seperti orang Barat. Dilihat pakej wajah dan bakat yang dikesan melalui video klip dan iklan, beliau mudah diterima masyarakat dan kebanyakan syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.

Selepas muncul dalam filem Suci Dalam Debu, beliau dikatakan menyepikan diri dari dunia lakonan. Tetapi setelah bertahun-tahun lamanya, beliau akhirnya dikhabarkan telah disunting oleh seorang kerabat diraja Pahang dan kini beliau menetap di England dengan beberapa orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

 

Sumber Lubuk/Wiki Malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:https://www.motifviral.dnqj.my/2021/03/01/wajah-pan-asian-pelak0n-ini-pern4h-menjadi-rebutan-pr0duser-dan-peng4rah-hampir-3-dek4d/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*