Brader M0tor Kena Tahn Sebab Ekz0s Blsing. Bila Kena S0al Slasat, Jawapan Dia Beri Memang ‘Win’ Habis

Pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.

“Mana-mana orang yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan penjara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.

Selain itu, Azisman berkata, di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya lagi kesalahan tersebut.

Jelasnya, pihak polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan tersebut tidak berulang lagi.

Katanya, beliau percaya penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

“Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Dalam operasi itu, motosikal akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan. Sekiranya paras bunyi melebihi daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal,” katanya.

Justeru, pihaknya mengingtkan semua pemilik kenderaan bukan sahaja pemilik motosikal tetapi juga pemilik kenderaan bermotor yang lain agar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang melibatkan pengubahsuaian kenderaan bermotor.

“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Polis menahan salah seorang pemilik motosikal jenis Yamaha Y15 dalam operasi di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, atas kesalahan penggunaan ekzos bising yang keterlaluan.

Brader M0tor Kena Tahn Sebab Ekz0s Blsing

“Saya a.kui guna e.kzos b.ising kerana t.rend dan m.inat,” itu kata seorang pemilik motosikal yang menggunakan e.kzos b.ising selepas dit.ahan dalam o.perasi di Jalan Duta, di sini pada Isnin.

Lelaki yang dikenali sebagai Shahril, 30, berkata, dia dit.ahan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang, Selangor.

“Saya tahu bunyi b.ising itu memang menggan.ggu orang dan saya meny.esal dengan perb.uatan itu,” kata pemilik Yamaha Y15 yang ditemui di Balai Polis T.rafik Kuala Lumpur, di sini.

Menurut Shahril dia membeli e.kzos itu daripada kenalannya tahun lalu pada harga RM 400.

‘Saya guna ekzos bising sebab minat dan untuk keselamatan’

“Saya menggunakan e.kzos sec.ondhand sahaja. E.kzos yang asal saya masih simpan. E.kzos b.ising itu untuk kesela.matan saya. Kereta di depan tahu saya ada di belakang dan tidak menghalang laluan untuk mem.otong dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan S.iasatan dan Pengu.atkuasaan T.rafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Ko.misioner Zulkefly Yahya berkata, Ops Khas Kes.alahan Bunyi B.ising sepasukan pegawai dan anggota JSPT Bukit Aman itu dijalankan bermula jam 10 hingga 12.30 tengah hari.

Jelasnya, sebanyak 10 buah motosikal ditahan kerana kesalahan e.kzos b.ising dan pengubahsuaian yang ket.erlaluan.

“Antara motosikal yang ditahan adalah jenis Yamaha Y15 (4), Yamaha 125Z (1), Yanaha R15 (1), Benelli (1), Kawasaki Z900 (1), Yamaha R6 (1) dan Kawasaki ER-6 (1).

“T.indakan akan diambil di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) selain akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pengubahsuaian,” katanya.

 

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin.

Selain itu katanya, o.perasi berkenaan turut mengeluarkan 93 s.aman ke atas kenderaan lain.
T.egasnya, polis akan mengambil t.indakan berterusan dan orang ramai dinasihatkan tidak melakukan ubah suai kenderaan ses.uka hati bagi meng.elakkan berdepan u.ndang-u.ndang.

Kredit : SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*