“Penat Kahwin Dengan Polis Perempuan…” – Genap Setahun Kahwin, Mamat Sepah Dedah Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka

Pelawak dan pelakon Mamat, meluahkan perasaannya selepas setahun bergelar suami kepada anggota polis, Nordiana Ibrahim.

Mamat dan Nordiana yang sah bergelar isteri pada 1 Mac 2020 menyambut ulang tahun perkahwinan mereka semalam.

Serentak dengan itu, Mamat telah memuat naik hantaran ucapan manis tetapi mencuit hati kepada isteri tersayang.

Mamat turut mengimbas kembali detik pertemuannya dengan Nordiana pada lima tahun lalu di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, tempat isterinya bertugas.

“I SUR.RENDER”…Pertemuan buat kali pertama di Balai Polis Se.ksyen 9 Shah Alam pada tahun 2016 membuatkan aku terus dig.ari, dit.embak dan dil.okapkan di hati @_cik_nana.

“Tanpa sedar hari ini genap setahun hari pernikahan kami. Walaupun rasa macam baru semalam je ia berlaku tapi banyak liku-liku yang dilalui bersama,” tulisnya.

Tambah Mamat lagi tidak mudah bergelar suami kepada anggota polis wanita dan perumpaan yang ditulis telah mencuit hati pengikutnya di laman sosial.

“Sesungguhnya penat kawin dengan polis perempuan kalau korang nak tau! Sebab dia akan akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rasa seperti kena t.ahan kat ‘roadblock’, tapi kau tak pakai ‘spender (seluar dalam)’.

“Tapi itu yang akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati-hati dalam melangkah ke depan…Selamat menyambut hari perkahwinan yang pertama untuk isteri ku tersayang @_cik_nana…Semoga kita bertemu di syurga, doakan kami,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, pengikut turut mendoakan rumah tangga Mamat dan isteri berkekalan selain mengusiknya mengenai cahaya mata.

Mamat ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan perjalanan karier dan rumah tangganya bersama isteri.

“Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan juga isteri selama ini. Tentang cahaya mata pula, kami merancang tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.

“Doakan kami dikurniakan cahaya mata yang comel ya. InsyaAllah ada rezeki untuk kami nanti,” katanya yang mengimpikan empat orang anak sebagai penyeri rumah tangga mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CikNanako👰 (@_cik_nana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CikNanako👰 (@_cik_nana)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*