Siti Sarah Muatnaik Status. Sekali Shuib Sendiri Datang Komen, ‘Bini Aku Jgn Usik, Aku Cari Sampai Dapat’

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin ke.cewa apabila niat baiknya menghulurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) disalah anggap oleh segelintir pihak.

Sarah berkata, tujuannya menghulurkan sumbangan itu adalah untuk mengembalikan semula semangat mereka yang gigih berjuang mengekang penul.aran w.abak COVlD-19.

” Dalam kehidupan kita ni, kita tak dpat puaskan hati semua orang.

” Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita ni terbuat s.alah, lagi ter.uk jadinya.

” Yang nak m.arah sangat tu kenapa? Kita bagi benda hara.m ke sampai s.akit sangat hati tu? Sarah ni bagi dad.ah ke? Bagi air to.di yang m.abuk-m.abuk ke?

” Frontliner tu ada yang tak cuti banyak sangat dugaan yang dia orang kena hadap.

” Ape yg Sarah bagi kecil je, cuma nak buat diaorang happy. Sekurang-kurangnya dapat bagi semangat,” katanya.

Shuib tinggalkan komen pada perkongsian luahan Siti Sarah di Instagram.

Penyanyi lagu Semakin ini berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Selasa.

Bersama kapsyen ditulis itu, dia turut memuat naik paparan skrin mesej keca.man yang diterima daripada ntizen.

” Tak payah acah baik boleh tak? Kalau nak bagi, bagi sajalah. Kau dengan laki kau memang suka menunjuk ya?” tulis salah seorang ntizen di ruangan mesej peribadi (DM)

Sementara itu, Sarah berkata dia lebih mengetahui niatnya dan tidak wajar jika ada individu mempertikaikan keikhlasannya dalam melakukan kebaikan.

Siti Sarah ke.cewa ada pihak pertikaikan niatnya memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

” Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkara tu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang?

” Kepada akak-akak frontliner Malaysia yang bagi komen dan DM yang baik-baik, Sarah doakan semoga diberikan keselamatan dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah,” ujarnya.

Perkongsian Siti Sarah itu turut menarik perhatian suaminya yang juga pelawak Shuib.

Shuib berkata dia akan sentiasa berada di sisi isterinya dan memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu penyanyi berusia 36 tahun itu.

” Siapa budak ni? Bini aku jangan usik! Aku cari sampai dapat!” tulis Shuib pada ruangan komen.

Komen Shuib curi perhatian

Dalam pada itu, komen Shuib tersebut turut mencuri perhatian ramai sehingga mendapat reaksi balas dari ntizen.

” Bang..apa-apa pun biar la org nk kata kt family abg.. yang pnting abg shuib dgn kak sarah nak mmbantu org yg lbih memerlukan…STAY STRONG abang dgn akak” tulis Khai.

” Sabar ib, Dalam dunia niiii kita kena bersabar untuk cari keredhaan Allah SWT..Rezeki Allah itu luas walaupun penuh rintangan nyaa..Semoga bisnes kauu makin maju ib,semoga Keluarga kauu mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT” tulis Izhar.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*