Berpesta di Jalan Dan Buat Aksi Smseng Brmotosikal, Ini Cara Pelajar Rai Kertas Akhir SPM. Sekali PoIis Datang

Tahun 2019 dah jadi, tahun ni jadi lagi??

Itu yang berlaku apabila seramai 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disama.n ketika sedang seronok membuat aksi sam.seng bermotosikal sebagai meraikan ‘kemerdekaan’ selepas selesai menduduki kertas terakhir peperiksaan petang semalam.

Difahamkan kesemua remaja berusia 18 tahun terbabit disama.n ketika sedang ‘berp.esta’ di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang, Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sejumlah 92 sama.n telah dikeluarkan dalam Op Khas (pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM) yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang itu.

” Kjdian yang sama pernah berlaku sebelum ini melibatkan calon SPM 2019 dan aksi sam.seng jalanan mereka kononnya menyambut ‘kebebasan’ itu turut tular di media sosial.

” Jadi, pada tahun ini pasukan kami telah bersiap sedia dan hasil pemantauan di lokasi sasaran berjaya mengesan kumpulan calon SPM ini dengan seramai 63 telah disama.n atas pelbagai kesal.ahan di bawah Pol 257,” katanya ketika dihubungi tadi.

Ujarnya, pihaknya juga telah menyita 14 buah motosikal pelbagai jenis dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tinda.kan lanjut.

Jelas Hasan, kesala.han dilakukan oleh kesemua calon SPM ditahan adalah tidak pamer lesen P dan L, iaitu sebanyak 21 kes, diikuti aksesori tidak sempurna (17) dan ubah suai ekzos (enam).

” Kita turut mengeluarkan lima sama.n masing-masing bagi kesalahan ubah suai struktur atau peralatan, tidak memakai topi keledar, dan tiada nombor pendaftaran.

” Manakala tiga sama.n dikeluarkan bagi setiap kesalahan tiada lesen, nombor plat tidak ikut pendaftaran, tiada perlindungan insuran, brek tidak berfungsi, nombor fancy, tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,”katanya.

Hasan berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak tiga sama.n turut diberikan terhadap penunggang berusia 16 tahun ke bawah dan enam sama.n kepada penunggang 17 tahun ke bawah, selain satu atas kesalahan benarkan penunggang tanpa lesen.

Pada tahun 2019, mungkin ramai masih ingat dengan kjdian hampir serupa dan turut tular di media sosial.

Ketika itu, beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicema.ri sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal secara mel.ulu yang kegembiraan selepas habis SPM.

Gambar kjdian tahun 2019.

Difahamkan kegia.tan pelajar tersebut adalah bagi meraikan kejayaan mereka selepas menduduki kertas terakhir SPM.

Video yang memaparkan aktivi.ti tidak bermora.l tersebut viral di media sosial dan mendapat pelbagai pandangan daripada ntizen.

Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.

Bukan sahaja mengg.anggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, malah kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan l.agak ‘sam.seng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa ‘beralah’ memberi laluan kepada mereka.

Selain merakam aksi-aksi nge.ri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merok.ok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*