Selepas Terbalikkan 2 Tong Air, Brader Myvi Akhirnya Tampil Jumpa Shuk Sahar

P.elawak Shuk Sahar reda dit.uduh p.enipu dan sengaja mencipta drama k.ononnya gerai jualan airnya dis.erang semata-mata untuk v.iral dan pemasaran percuma.

Shuk ketika dihubungi berkata, dia sedar ketika ini jika menjelaskan perkara sebenar sekalipun akan tetap dit.uduh m.enipu.

“Saya r.eda jika ada yang kata saya ini pe.nipu dan sengaja buat drama sebab nak v.iral atau free m.arketing.

Ditanya samada dia akan membuat l.aporan polis, Shuk berkata pemuda tersebut telahpun mem.ohon maaf kepadanya menerusi mesej peribadi di Instagram (IG).

“Dari awal lagi saya tidak bercadang untuk membuat l.aporan polis. Cuma saya bersyukur kerana pemuda tersebut sudah pun mem.ohon maaf.

“Dia DM saya di IG selepas mengetahui video yang saya rakam di Insta Story menjadi tular. Dia berjanji untuk bertemu saya dalam masa terdekat.

“Saya tidak menyimpan d.endam dan saya maafkan dia serta bersedia untuk bertemu dengannya,” katanya.

Terdahulu, Shuk telah memuatnaik sep.otong video gerai minumannya diserang seorang pemuda tidak dikenali ketika sedang berniaga di Wangsa Maju.

Pemuda tersebut juga bert.indak a.gresif dengan menterbalikkan meja yang menempatkan dua tong air sehingga dia terpaksa mengh.entikan jualan.

Dalam perkembangan lain selepas keh.ilangan kerjaya sebagai penyampai radio, Shuk berkata dia yakin ada rezeki buatnya nanti.

“Saya tidak berp.utus asa. Saya hanya mahu f.okus dengan apa yang saya buat sekarang iaitu kedai makan saya.

“Sabtu ini kedai makan saya di Denai Alam akan mula ber.operasi dan saya berharap agar semuanya berjalan lancar,” katanya p.ositif.

Tambah Shuk lagi, dia juga akan meneruskan perjuangan di pentas Muzikal Lawak S.uperstar selepas pr.ogram tersebut dih.entikan kerana Per.intah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah masih ada rezeki buat saya. Terima kasih kepada semua yang selalu memberikan kata-kata p.ositif dan semangat,” katanya.

Brader Myvi Putih Datang Jumpa Shuk

Menurut Shuk, dia akan menurukan balik video ketika kejadian tersebut

“Alhamdulillah biar ramai kawan jangan ramai musuh.” tulis Shuk

Terdahulu media melaporkan Natija.h daripada krisis rumah tangga dan kecuranganan yang dilakukannya, Shuk kini bukan sahaja digantung tugas, pengurusan radio milik Media Prima tersebut sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.

Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya

Kredit : Gempak/Shuk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*