(Video) ISTERI MENGIDAM GIGIT JARI SUAMI. REAKSI SUAMI BUAT RAMAI NETIZEN TERHIBUR

Mengidam adalah satu pengalaman yang kebiasaannya dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

Meskipun begitu, setiap daripada mereka pasti melalui ‘pengalaman’ yang berbeza-beza. Ada yang mengidam mahu makan bermacam-macam, mengidam bau m1nyak tanah, bau suami dan sebagainya.

Tetapi berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia dikatakan ‘mengidam’ mahu menggigit jari suaminya. Haa dengar macam pelik kan? Tapi itulah realitinya.

Mengidam gig1t jari suami

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Areuarel di TikTok memaparkan dirinya seakan sedang menahan s4kit selepas si isteri yang sedang hamil dikatakan mempunyai keinginan untuk menggigit jarinya. Walaupun begitu, dia terpaksa akur dan melayan sahaja kehendak isteri tersayang.

Lelaki ini juga mengakui jarinya juga sudah mula membengkak selain terdapat kesan gigitan.

Perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan. Malah, di ruangan komen juga ramai dalam kalangan suami dan isteri turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

Menurut mereka, ‘mengidam’ adalah satu perkara atau keinginan pelik kadangkala tidak terlintas dek akal kita.

Alahai isteri…

Suruh cukur janggut juga

Sumber: Areuarel via OH BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*