Bekas pemain bola tampar wanita akhirnya disahkan lelaki selepas 28 tahun

akarta: Bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang akhirnya disahkan lelaki.

Ia hasil pemeriksaan perubatan dijalankan pada 3 Februari lalu.

Portal Kompas melaporkan Aprilia mendedahkan perkara itu menerusi sidang media secara maya yang diadakan dari Hospital Tentera Gatot Subrato di sini.

Menerusi sidang media itu, Aprilia kelihatan sihat dan sesekali tersenyum di hadapan kamera.

Turut sama dalam sidang media itu adalah Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (KSAD) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Andika Perkasa.

Aprilia mengakui bersyukur kerana dibantu menjalani proses perub4han alat kel4min.

“Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba.

“Saya bersyukur kerana tahun ini impian itu tercapai dan berterima kasih kepada semua doktor yang sudah membantu saya,” katanya.

Sementara itu, Andika berkata, Aprilia mengalami hipospadia atau kelainan organ repr0duksi.

Berikutan peralatan perubatan yang terhad ketika itu, Aprilia dikenal pasti memiliki alat kel4min perempuan dengan bersandarkan kepada ciri fizikal.

Aprilia juga tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana mas4lah kewangan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahirannya serta kad pengenalannya.

Selepas bersara daripada sukan bola tampar, Aprilia menyertai TNI.

AKSI Aprilia Manganang ketika bermain bola tampar. FOTO AFP
Namun, Andika dan kakitangan TNI mendapati ada yang tidak kena pada fizikal Aprilia sebelum memintanya menjalani pemeriksaan.

Ia seterusnya membolehkan individu itu menjalani pembed4han pembetulan ja4ntina.

TNI turut membantu menyediakan dokumen bagi perubahan identiti termasuk nama dan jenis kelamin serta berharap Pengadilan Negeri Tondano meluluskan permohonan itu.

Sepanjang bergelar atlet, Aprilia pernah menyumbang banyak pingat emas buat kelab dan pasukan kebangsaan.

Penentuan Jantina Khunsa

Dalam menentukan jantina khunsa sama ada lelaki ataupun perempuan, cendekiawan membahagikannya kepada dua hal, iaitu sebelum dan selepas baligh. Profesor di Universiti al-Qassim, Arab Saudi, Abdul Bin Mohamad Bin Ahmad al-Tayyar menggariskan, bagi golongan khunsa yang belum mencapai umur baligh, ia dapat dilihat daripada cara mereka kencing.

“JIKA KHUNSA ITU KENCING DAN AIRNYA KELUAR DARIPADA FARAJ (KEM4LUAN) DAN DIA DIDATANGI HAID, MAKA DITENTUKAN JANTINANYA SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN.

SEKIRANYA DIA MEMILIKI KEDUA-DUA ALAT KEL4MIN, TETAPI AIR KENCING KELUAR DARI Z4KAR DAN DIA TIDAK DIDATANGI H4ID, MAKA DITENTUKAN JANTINANYA SEBAGAI LELAKI.

Pandangan ini juga dipersetujui majoriti ulama. Jantina khunsa dewasa pula dapat dikenal pasti melalui perubahan dialami, seperti tumbuh janggut, halkum dan misai bagi lelaki.

Dalam menentukan jantina perempuan pula, antara tanda yang dapat dikenal pasti seperti kedatangan haid, tumbuh buah dada dan hamil.

Namun begitu, jika tidak terdapat padanya sebarang tanda yang menunjukkan jantina, maka dapat dilihat dari segi pergaulannya.Jika dia cenderung kepada wanita, maka dia adalah lelaki dan begitulah sebaliknya.

IMAM AL-BAIHAQI DI DALAM KITAB SUNAN AL-BAIHAQI MERIWAYATKAN: HUSSIN BIN KATHIR MENDENGAR DARIPADA BAPANYA YANG MENYATAKAN BAHAWA: “AKU MELIHAT SAIDINA ALI DALAM MENENTUKAN JANTINA KHUNSA, DI MANA BELIAU BERKATA: LIHATLAH KEPADA JALAN KELUARNYA AIR KENCING, MAKA DITENTUKAN JANTINANYA DARIPADA ITU.”

DALAM SATU RIWAYAT LAIN, ALI RA BERKATA: “SEKIRANYA AIR KENCING ITU KELUAR MELALUI ZAKARNYA, MAKA DIA ADALAH LELAKI. DAN SEKIRANYA IA KELUAR DARI FARAJ (KEM4LUAN), MAKA IA ADALAH PEREMPUAN.”

Selain itu, terdapat cara lain dalam menentukan jantina khunsa iaitu dengan mengira tulang rusuknya.

Dalam satu riwayat, menceritakan peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Saidina Ali apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa yang memiliki dua kelamin.

Dalam tempoh perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata dan selepas daripada itu, suaminya menghadiahkan seorang pembantu (jariah) untuknya.Pada masa sama, isteri berkenaan tertarik kepada pembantunya lalu menyetubuhinya sehingga pembantu berkenaan melahirkan anak.

Perkhabaran itu disampaikan kepada Saidina Ali, lalu beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita itu bagi mengenal pasti jantinanya.

Idea dan pandangan Saidina Ali ini bertepatan dengan ketentuan Allah SWT yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam AS dan selepas itu Saidina Ali memutuskan bahawa wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinannya dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*