Emma Maembong ‘Dikec4m’ Netizen Gara-gara Paksa Anak Buat Benda Ni

Sejak menimang cahaya mata, pelakon Emma Maembong sering memuat naik aktiviti dan gambar anaknya di laman media sosial. Malah, dia turut menyediakan satu laman akaun rasmi khas anaknya sendiri, @shariqgabriel.

Baru-baru ini Emma memuat naik sebuah video yang menunjukkan anaknya sedang dalam fasa belajar meniarap sambil Emma di tepi memberi semangat pada anaknya untuk lebih kuat untuk meniarap.

Kapsyen pada posting tersebut berbunyi,

“Mama ajar saya cara nak merangkak, terima kasih mama,”

May be an image of 1 person, child and text that says “shariqgabriel Follow shariqgabriel Mama teaching me how to crowl heheh thank you mama im wearing @offspring.inc diapers 15h hayatulakmal2508 so cute la awk syg… 15h 3 likes Reply maiaziz1010 15h likes Reply ibu3700 Good boy 15h 2 likes Reply 61,677 views 15 HOURS AGO Add comment… Post”

Video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya…

Apabila menjengah ruangan komen, ada segelintir warganet menegur Emma untuk tidak memaksa anaknya meniarap selepas melihatkan keadaan anaknya seperti belum bersedia lagi untuk fasa meniarap.

May be an image of text that says “roselinakhalid Biar dia pusing sendiri jgr mak dia tirapkan dia…nnti retak tengkuk .nyesal tak sudah 4h Reply”May be an image of text that says “8h z.rival._6 Tengkutnya tak kuat lagi 1like Reply”May be an image of 1 person and text that says “roselinakhalid Kepala besar tengkuk tak kuat 4h Reply”

Kami yakin, setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Meniarap atau tummy time pun bagus untuk anak asalkan dipantau ibu bapa kan? Jadi, kita doakan anak Emma dalam keadaan baik-baik saja.

Terdahulu Emma Maembong dikritik muat naik gambar pam susu badan di tempat awam

Pelakon Emma Maembong menerima kecaman netizen kerana memuat naik gambar dirinya berjalan di luar dengan pam susu badan diikat pada seluar jeansnya.

Gambar tersebut dikongsinya di Instagram beliau pada Jumaat (29 Jan).

Beberapa netizen tidak puas hati dengan pilihan aksesori pelakon yang baru sahaja bergelar ibu itu. Mereka memberi komen negatif sehingga pelakon tersebut terpaksa menutup ruangan komen buat catatannya itu.

Menurut Malay Mail, kebanyakan komen berbentuk positif meskipun terdapat juga komen yang tidak begitu baik.

Salah seorang netizen berkata Emma sepatutnya “malu” kerana mengepam susu badan di tempat awam, sementara seorang lagi berkata beliau merupakan “pengaruh buruk”.

Ada juga yang mengatakan bahawa Emma tidak sepatutnya melakukan demikian di tempat awam kerana ia “tidak sopan”.

Pelakon berusia 29 tahun itu, yang nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kontroversi ini walaupun kakaknya, Beby Maembong, tampil mempertahankan adiknya itu.

Menurut Beby, netizen yang mengkritik adiknya itu “berfikiran kotor”, lapor Malay Mail.

“Sebagai ibu menyusu kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk. Yang komen tu mesti belum ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodooo (bodoh) berguni-guni tau,” kata Beby Maembong, menurut laporan Malay Mail.

(Gambar: Instagram/emma_maembongofficial)

Beliau juga berpendapat bahawa gambar yang dimuat naik Emma itu tidak pelik atau salah sama sekali kerana beliau bukan menayang badan.

Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, menjadi perbualan ramai bulan lalu selepas diuji positif COVID-19. Pelakon tersebut berkata beliau tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit itu. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan, Shariq Gabriel.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/hiburan/emma-maembong-dikritik-muat-naik-gambar-pam-susu-badan-di-tempat/4569362.html

Sumber :https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-tak-kuat-lagi-nanti-retak-tengkuk-emma-maembong-paksa-anak-meniarap/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*