“Kami pun rakyat Malaysia!” Penduduk Dari Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

Warga Myanmar yang tinggal di Bukit Malut, Langkawi, Kedah dilaporkan menuntut agar mereka dilayan sama rata seperti rakyat Malaysia yang lain serta diberikan keistimewaan sama seperti rakyat tempatan.

Difahamkan, mereka memberi alasan bahawa keturunan asal mereka merupakan rakyat Kedah yang dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dan mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah membenarkan mereka tinggal di Bukit Malut sejak awal 80-an lagi.

Sejak daripada itu, dianggarkan, ada kira-kira 1,000 rumah dibina di kawasan Bukit Malut yang merangkumi hutan paya, pesisir laut dan lereng bukit dengan jumlah penduduk dikatakan sudah melebihi 10,000 orang ketika ini, berbanding hanya kira-kira 800 rumah beberapa tahun lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*