Lelaki ini menjadi individu pertama di Malaysia yang dikenakan kompoun sebanyak RM 10,000. Ini punca sebab dia kena kompoun sebanyak itu

SEORANG lelaki dipercayai menjadi individu pertama di negara ini yang dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi sekeping surat saman yang tular di media sosial, individu berkenaan didapati gagal mematuhi SOP PKPB dan tidak mengimbas kod MySejahtera ketika memasuki sebuah premis di Bukit Jalil, semalam.

Gambar yang dikongsi di Facebook itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Kalau baru sebulan kena ikut sop, scan tu, maka boleh la kita nak tolerate… tapi dah setahun.. susah dah nak bagi alasan kecuali dia cakap, dia baru balik ke Bumi,” kata Firdaus Shakirin.

“Area Bukit Jalil memang hampir setiap hari ada operasi sop pkpb ni kat kedai-kedai makan dan sekitarnya. Jadi jaga-jagalah yang malas nak ikut undang-undang ni. Benda mudah tak susah pon nak buat,” kata Aien Mior.

“Setahun dah kita hidup dalam keadaan wabak. Sepatutnya dah jadi rutin setiap kali masuk ke mana-mana premis untuk scan MySejahtera dan jaga SOP. Tapi tetap ada yang tak cakna dan malas,” kata Naza AR.

“Benda senang pun susah nak ikut, pastu melalak salahkan kerajaan dan penguatkuasa.. Sendiri yang bebal,” Mohd Fairuz Yahaya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kompaun maksimum RM10,000 itu hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan.

Tambahnya, pesalah ini meliputi individu yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan hiburan tanpa lesen.

Bagaimanapun individu yang dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*