“Sebagai orang Korea, kami sentiasa makan daging kh*nzir” – Maryam Younarae

Pasangan Instafamous Malaysia-Korea, Ryzal dan Maryam Younarae sering mendapat perhatian netizen menerusi keletah dan gurauan bersahaja mereka di media sosial.

Ramai yang terhibur dengan cara hidup mereka apabila dua budaya bertembung namun ada juga yang kurang selesa.

Tampil menjawab komen-komen nakal netizen menerusi segmen Lancaang Bethol, kata Maryam, dia mengakui dirinya masih lagi belajar menjadi Islam yang sempurna sama seperti proses berhijab.

“Ramai orang tanya mengenai hijab saya, sekejap pakai sekejap buka. Tapi semua tahu saya mualaf, saya tak biasa pakai tudung.

“Memang ia wajib dalam Islam, saya tahu tetapi saya perlu belajar tentang Islam bukan hanya dengan bertudung, saya perlu mengubah semua benda dalam hidup saya.

“Misalnya, sebagai orang Korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi.

“Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu. Manusia tidak sempurna,” kata Maryam.

Bagi suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia tidak mem.aksa Maryam untuk berubah 360 darjah hanya kerana mengahwininya.

“Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak sebab saya tak suka mem.aksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya.”Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh p.aksa,” kata Ryzal.

Wanita Korea Maryam You Narae buka cerita mengapa jatuh cinta dengan lelaki Melayu – “Senyuman dia comel, he is mine!”

MASIHKAH anda ingat kisah pasangan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan yang mendapat liputan mStar pada 1 Mei lalu?

Dikenali sebagai Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, dia dan isterinya Maryam You Narae tampil menerusi rancangan mStar Live+ di Facebook pada Rabu petang.

Dalam perbualan panjang lebar berkenaan, Maryam berkongsi ciri istimewa yang terdapat pada Ryzal, lelaki Melayu yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu.

“Senyuman dia comel… he is mine!” kata Maryam ringkas.

Jawapan itu menyebabkan Ryzal tersipu malu.

Selain itu Maryam sempat bercerita mengenai situasi menjalani ibadah puasa di Korea Selatan.

“Saya bekerja di hospital. Orang Korea tak tahu mengenai Ramadan. Biasanya orang bagi makanan, kongsi minuman… tetapi saya menolak pemberian itu.

“Itu agak sukar. Rasa kasihan pula,” ujar Maryam.

Menurut Ryzal pula, dia merancang untuk membuat rumah terbuka Aidilfitri secara kecil-kecilan.

Maryam dan Ryzal tampil menerusi siaran langsung mStar Live+ pada Rabu.

Namun katanya, dia harus berhati-hati dan menghadkan jumlah tetamu kerana kini timbul pula jangkitan baharu Covid-19 di Itaewon.

“Kes di Itaewon baharu sahaja meningkat. Kami risau sebab ramai tetamu kami, pelanggan saya ramai duduk di sana.

“Saya risau mereka datang bawa virus tu. Kami akan hadkan tetamu. Mungkin kami berdua akan masak… masak makanan Malaysia,” kata Ryzal.

Sebelum ini, tular kisah melibatkan pasangan itu apabila Maryam secara spontan mengucapkan ayat ‘lapar nak mampus’ menerusi satu video.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*