Isteri Dipercayai Lari Ikut Jantan Lain, Lelaki Bawa Dua Anak Berjalan Cari Kerja

Demi menyara kehidupan keluarga, seorang lelaki terpaksa membawa dua orang anaknya bagi mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan yang terletak di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Menurut laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai dengan ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain.

Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga berjalan kaki di tengah panas kira-kira sejauh 100 kilometer untuk sampai ke lokasi tersebut sebelum terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati.

Menerusi laman Facebook, Pak Ratthaphim memuat naik posting berkongsi kisah mengenai lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja pada minggu lalu.

“Masa memandu ke tempat kerja, saya ternampak seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil, dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham,” katanya.

Tidak sampai hati melihat situasi tersebut, Ratthaphim berpatah semula sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya lebih lanjut kepada lelaki berkenaan.

Selepas mengetahui cerita sebenar, Ratthaphim kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan kepada lelaki itu agar menjaga anak-anak dengan sebaiknya.

Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.

“Selagi kita boleh bantu, mari bantu antara satu sama lain. Semoga lelaki itu kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” ujar Ratthaphim.

Sumber: Siam News , Thai News Online

kredit : printlyrics

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*