Nabila Razali Dah Minta Maaf Sbb TrkuciI. Skali Dato Siti Nurhaliza Masuk Komen Camni

Malam tadi berakhirnya Anugerah Juara Lagu (AJL35) yang menobatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Tuju sekaligus membawa pulang hadiah RM5O ribu.

Sementara itu Naib Juara dimenangi oleh Aina Abdul dengan lagu Semalam, manakala tempat ketiga dimenangi Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita menerusi lagu Belenggu Rindu.

Vokal Terbaik menjadi milik Ernie Zakri dan Persembahan Terbaik dimenangi Zizi Kirana.

Selain dari kejutan lagu-lagu yang menjadi pemenang, paling menarik perhatian ramai adalah nyanyian Nabila Razali yang terkucil menerusi lagu Peluang Kedua.

Bercakap mengenai perkara itu, Nabila telah memohon maaf dan berkata dia sudah melakukan yang terbaik.

” Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.”

Kebanyakan ciapan di Twitter menyifatkan nyanyian dan vokal Nabila terkucil pada bahagian tertentu sehingga mencacatkan persembahan itu.

Nabila yang ditemui seusai acara itu, berkata banyak ruang yang masih boleh diperbaiki.

” Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

” Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.

” Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.

” Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabila, masalah suara yang dihadapi sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya.

” Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.

” Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.

” Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

” Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kntroversi sebelum ini, Nabila mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

” Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari ‘team’ saya sendiri.

” Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya. Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

Dapat respon Siti Norhaliza

Sementara itu, Nabila turut menulis di Instagram beliau memohon maaf kepada pencipta lagu tersebut iaitu Hael Husaini diatas persembahannya itu.

” Saya dah mencuba sehabis baik.. i’m so sorry Hael Husaini,” tulis Nabila.

Apa yang menarik, permohonan maaf Nabila itu telah mendapat respon dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

” Tak mengapa dik.. setelah berusaha, kita serahkan semua kepada Allah swt.. Kudrat dan kemampuan hanya dengan izinNYA .. Adik dah buat yang terbaik!!” tulis Siti di ruangan komen yang turut mendapat reaksi positif dari warganet lain.

Manakala pencipta lagu tersebut, Hael Husaini turut memberi respon dengan memberi kata-kata dorongan kepada Nabila.

” Awak adalah contoh inspirasi pada saya. hardwork and always do your best. im so proud of you!! Thank you for signing PELUANG KEDUA” tulis Hael.

 

Setakat artikal  ini ditulis, komen dari Dato Siti itu telah mendapat hampir 4ribu tanda suka

Hafiz Hamidun sindir Nabila bazirkan peluang di AJL35, sekali Dato’ Fazley masuk komen

GARA-GARA memuat naik status seperti mengkritik persembahan lagu Peluang Kedua nyanyian penyanyi Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada malam Ahad, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun dikecam netizen.

Menerusi ciapan Hafiz, 37, di Twitter, dia seakan-akan menyindir Nabila sudah membazirkan peluang yang diberikan apabila nyanyiannya terkucil di bahagian korus ketika mendendangkan lagu tersebut.

“Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan, ” tulis Hafiz sebelum memadam status itu selepas beberapa minit mengundang kecaman.

Selain netizen, chef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob turut memberi teguran kepada Hafiz.

Bagaimanapun pemilik nama Mohammad Hafiz Hamidun menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk ‘menyerang’ secara peribadi penyanyi berkenaan namun hanya meluahkan rasa kekecewaan sebagai peminat lagu tersebut.

Penyanyi lagu Zikir Terapi Diri ini juga memohon maaf kepada semua yang tergores hati atau tersinggung dengan kata-katanya dan mengambil keputusan untuk memadam status itu kerana enggan mengeruhkan keadaan.

“Saya langsung tiada niat nak jatuhkan atau rendah-randahkan persembahan Nabila. Tapi, sebagai peminat lagu tersebut, saya cuma luahkan kekecewaan. Itu saja.

Apa-apa pun, saya puji Nabila yang berjuang sampai ke akhir lagu tersebut.

“Minta maaf kalau ada yang beranggapan tweet tersebut menggores hati. Saya tweet sekejap kemudian ramai yang retweet dan ada yang marah. Jadi saya delete tweet tersebut, ” kata Hafiz ketika dihubungi mStar.

Nasib sekali lagi tidak berpihak kepada Nabila, 29, apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 mengundang kritikan netizen berikutan berlaku sedikit insiden ‘terkucil’ di bahagian korus ketika dia mendendangkan lagu tersebut.

Biarpun menerima pelbagai kritikan dan kecaman namun beberapa selebriti tempatan antaranya Michael Ang, Syafiq Kyle, Mira Filzah, Neelofa dan Ika Nabella tampil bersolidariti memberi kata-kata semangat kepada Nabila.

Dalam pada itu. Hafiz turut mengakui dia antara salah seorang peminat lagu ciptaan penyanyi dan komposer Hael Husaini serta MFMF itu dan sama seperti penonton lain yang meletakkan harapan besar serta menantikan yang terbaik.

Persembahan Nabila di pentas AJL35 dikritik netizen gara-gara nyanyiannya terkucil.

Jelas Hafiz, ciapan atau tweet yang dikongsikan itu tiada kata kejian atau kutukan malah dia turut memuji keberanian Nabila yang terus berjuang sampai ke akhir persembahannya.

“Saya sendiri menyukai lagu tersebut dan ia juga antara lagu yang hebat di radio dan platform streaming. Semestinya harapan saya sangat besar sama seperti penonton lain untuk menantikan yang terbaik.

“Apa-apa pun, saya puji Nabila yang berjuang sampai ke akhir lagu tersebut. Saya pun tiada masalah dengan Nabila dan ada mesej secara peribadi kepadanya di Instagram menjelaskan perkara sebenar.

“Tweet saya cuma tweet umum, dan saya rasa tiada bahagian yang saya mengutuk atau mengeji. Tapi jika ada yang beranggapan sebaliknya, sekali lagi saya minta maaf, ” ujarnya.

Sumber:hmetro dan IG Nabila

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*