Sebelum Ni Muat Naik Foto Mesra Dgn Sabrina Ali. Kini F0to Fiza Halim, Saiful Apek Duduk Rapat Rapat Siap Pegang Tangan Undang Perhatian Ramai

Siapa tidak kenal dengan pelawak terkenal Saiful Apek nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Lama tidak mendengar kisah beliau bukan.

Terdahulu Pelawak Saiful Apek hanya memberikan jawapan ringkas apabila ditanya mengenai fotonya dan pelakon Sabrina Ali yang dimuat di laman sosial Instagram petang tadi (Selasa).

Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi.

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.

“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas.

Saiful dan Sabrina pada petang Selasa memuat naik foto berbaju Melayu dan berkebaya putih di laman sosial IG masing-masing.

Foto tersebut kemudiannya mencetuskan tanda tanyadi kalangan peminat Saiful dan Sabrina apabila menulis kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga.

“Duduk Rapat Rapat,Pegang Tangan..Suami Tak M4rah Ke”

Pada hari ini di laman instagram Fiza Halim terdapat beberapa foto beliau bersama dengan Saiful Apek.Foto tersebut telah mendapat perhatian warganet gara-gara mereka duduk dalam keadaan terlalu rapat.

My forever couple seat… sifu @saifulapek Jangan hampakan hasrat manager kita  #phdmuzik #astro #comingsoon

Pelbagai spekulasi telah menjadi persoalan buat mereka berdua ini dan pelbagai komen telah ditinggalkan di ruangan komen IG Fiza Halim.

KOMEN NETIZEN:

“Maaf nak tanya..saiful apek ni suami fiza ke?:”-Netizan

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff pernah mendirikan rumah tangga dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

Saiful Apek harap pengakhiran penuh barakah

KELIBAT pelawak dan pelakon terkenal Saiful Apek sejak tiga tahun lalu di acara keagamaan semakin mendapat tempat.

Bermula dari forum berskala kecil sehingga lah ke skala besar, Saiful digandingkan dengan para ustaz dan panelis terkenal.

Begitulah detik permulaannya dari dunia glamor kemudian perlahan-lahan meniti jambatan akhirat demi mencari keredhaan ALLAH SWT serta pengakhiran yang penuh berakah.

“Saya masih Saiful Apek yang sama. Bukanlah bermakna diundang ke program kerohanian saya mesti berdakwah.

“Cuma saya lebih berkongsi perihal kemanusiaan yang disulami elemen keagamaan daripada barisan panel ataupun ustaz yang hadir.

“Pada masa sama, saya diletakkan di situ sebagai pemanis untuk menarik orang awam bagi memenuhkan program berkenaan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Sejak mendapat kemanisan dalam majlis ilmu seumpama itu, Saiful atau nama lengkap Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, berkata, keutamaan kini adalah bergiat aktif dalam kerja amal.

“Seronok rasanya saya berjumpa dengan para alim ulama. Kalau dulu orang kata artis dan ulama jauh, sekarang ini kami dapat bersama di atas pentas, dan malah kadang-kadang individu bangsa lain pun datang.

“Jadi, saya sendiri juga tidak menjangkakan undangan saban tahun berkembang dan penganjur tak berat untuk memanggil saya, ini kerana saya ringan mengalu-alukan jemputan sebegitu.

“Bukan sahaja di forum Islamik, tapi juga di program motivasi seperti di sekolah rendah dan menengah, termasuklah di sekolah khas orang kurang upaya.

“Bahkan ada masanya saya dijemput ke wad pediatrik untuk menceriakan hati mereka,” ujar Saiful.

Bercakap tentang kepuasan, menurut pelakon filem Jutawan Fakir ini, meski pernah menerima imbuhan besar bekerja sebagai pelakon, namun saguhati yang diterima dari undangan kerohanian lebih memuaskan.

“Biarlah tak kaya harta kerana kelak kita akan kaya dengan doa. Apabila sudah tiada di dunia ini masyarakat akan bercerita tentang kebaikan kita.

“Contoh terdekat adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Seri P. Ramlee.

“Saya rasa itulah aset yang terbaik untuk diwasiatkan,” tuturnya.

Bagi Saiful, percaturan ALLAH itu manis kerana jalan yang dilalui hari ini tersusun rapi.

“Inilah masanya untuk memberikan laluan kepada mereka, kerana saya telah meninggalkan kesan memori indah pada zaman kanak-kanak sewaktu bersama kumpulan Senario.

“Mereka hargai nilai yang telah saya berikan.

“Kehadiran saya sebenarnya tak buat lawak pun, cuma mereka mahu lebih dekat dan kenal dengan bersalaman peluk serta bergambar,” katanya.

Tambah pelawak ‘Gitu-gitu Apek’ ini lagi, dia berharap menerusi komedi yang dibuat dapat menyatukan semua lapisan masyarakat.

“Realiti hari ini ramai yang bergaduh, kecam mengecam, berpecah belah. Oleh sebab itu, tugas saya untuk menyatukan mereka, tanpa mengira bangsa dan kaum serta parti apa pun.

“Saya akan buat mereka ketawa dan duduk bersama, cuma berapa lama saya bertahan itu persoalannya.

“Mungkin itu lah orang mengistilahkan saya sudah berhijrah. Sejujurnya, semua ini suratan kebetulan atas aturan ALLAH saya kini lebih ada masa yang tersusun,” akhirinya.

Sumber:Instagram Fiza Halim

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/03/14/duduk-rapat-rapatpegang-tangan-suami-tak-m4rah-kef0to-fiza-halim-dan-saiful-apek-undang-perhatian-ramai/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*