[VIDEO] Tul4r Pasangan ‘Kayangan’ Tunggang Kuda Buat Pesanan Makanan Di Drive-Thru McD

Normal kalau pasangan bercinta tu nak buat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan berdua, ataupun yang rare dan jarang dilak.ukan orang lain. Ada yang akan bawa pasangan mendaki bukit atau gunung. Ada yang bawa pergi kedai makan paling rare. Maklumlah nak ambil gambar nanti boleh show off dekat kawan-kawan. Tapi rasanya itu semua belum cukup rare lagi sebab ada pasangan dari negara jiran di Indonesia lakukan perkara yang lagi rare.

Tul4r sebuah video yang dikong$ikan di TikTok menunjukkan pasangan ini menaiki kuda untuk membeli McDonald’s secara pandu lalu. Anda buat pesanan naik kereta? Itu biasa je kalau nak dibandingkan dengan pasangan ini. Video tersebut menunjukkan pasangan tersebut sedang berada di salah satu cawangan McDonald’s untuk membuat pesanan makanan secara pandu lalu.

Jelas aksi pasangan tersebut mencuri perhatian apabila mendapat lebih 2.4 juta tontonan di TikTok, dan juga video tersebut turut tular di Twitter dengan lebih tujuh ribu ulang ciapan dan lebih 13 ribu likes. Memang jaranglah kita nak nampak orang buat pesanan secara pandu lalu dengan menaiki kuda. Paling kurang pun mungkin naik motor, tapi itu pun akan ada yang pandang pelik.

Bagaimanapun, difahamkan pasangan tersebut gemar melak.ukan aktiviti bersama dengan menaiki kuda. Kalau lihat di TikTok, memang banyak video mereka melak.ukan aktiviti berkuda bersama-sama. Tambah lagi, mereka telah menjadikan kuda sebagai salah satu kenderaan utama mereka untuk bergerak ke mana sahaja. Kira bukan hobilah naik kuda ni, tapi sebagai kenderaan untuk bergerak. Rare sungguh!

Seperti biasa, melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya terpegun dengan aksi pasangan tersebut. Selain itu, ada juga yang mengatakan aktiviti pasangan itu hanya untuk golongan atasan sahaja. Mungkin bukan untuk kitalah kalau nak berkuda pergi drive-thru tu.

sumber : koolfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*