Sharnaaz Ucap Tahniah. Tapi Ada Satu Ayat Dia Pesan Kat Nabila Dan Engku Emran Yang Raih Perhatian

Berita pernikahan antara Noor NabiIa dengan Engku Emran hari ini hangat diperkata ramai.

Selain dari ucapan tahniah rakan-rakan dan warganet, perkongsian dari ahli keluarga kakak kepada personaliti popular, Neelofa itu juga ditunggu ramai.

Meskipun NabiIa bukanlah artis, namun statusnya sebagai bekas isteri kepada pelakon popular, Sharnaaz Ahmad menjadikan pernikahannya meraih perhatian ramai.

Apatah lagi apabila NabiIa berkhwin dengan seorang yang dikenali ramai dan dianggap VVIP iaitu Engku Emran, pastinya pihak media tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan berita mengenai mereka.

‘Pesanan’ khas Sharnaaz buat NabiIa dan suami baru

Dalam pada itu, antara yang mencuri perhatian adalah status terbaru yang dimuatnaik oleh Sharnaaz Ahmad.

Menerusi satu entri di Instagram, Sharnaaz telag mengucapkan tahniah kepada NabiIa dan Engku Emran.

” Selamat pengantin baru NabiIa dan Emran .. semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok elok naa” tulis Sharnaaz.

Status dimuatnaik Sharnaaz itu lantas mencuri perhatian peminat-peminat beliau yang menganggapnya sebagai seorang yang sangat profesional.

Tidak kurang juga yang merasakan Sharnaaz memberi ‘ingatan’ kepada NabiIa dan bapa tiri kepada anaknya, Jebat Jayden agar menyayangi anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

Sementara itu Neelofa melahirkan rasa bersyukur selepas kakaknya, Noor NabiIa selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin ,46, pagi tadi.

Neelofa menerusi kenyataan kepada media memberitahu, dia gembira dengan pernikahan kakaknya dan mendoakan mereka dikurniakan kebahagiaan selamanya.

” Hari ini merupakah hari bahagia kakak saya, Noor NabiIa. Saya berasa sangat gembira melihat NabiIa meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagiaan yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.

” Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga NabiIa dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya.

Sejak semalam, desas-desus mengenai pernikahan pasangan ini hangat diperkatakan dalam laman sosial, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Menguatkan kenyataan, adik kepada Noor NabiIa iaitu Ameera Khan turut memuat naik sekeping foto tertulis Walimatul Urus kakaknya itu bersama Engku Imran hari ini.

Emran sebelum ini pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto menampakkan refleksi wajah NabiIa di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sebelum ini, NabiIa dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Terdahulu, NabiIa pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercrai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden. Penyatuan ini sekali gus menjadi pernikahan pernikahan ketiga buat NabiIa dan Engku Emran.

Sebelum ini, dua perkahwinan terdahulu Engku Emran bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang berakhir dengan percraian.

Engku Emran berpisah dengan Laudya pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu perkongsian di IG story oleh adik NabiIa, Ameera Khan menunjukkan beberapa keping gambar persiapan majlis kahwin yang tertera nama kakaknya merungkai segala persoalan.

Belum ada apa-apa perkongsian terbaru dimuatnaik oleh NabiIa namun semuanya sudah terjawab apabila dia dan Engku Emran sudah sah dinikahkan.

Rata-rata turut mengucapkan tahniah buat NabiIa dan suami.

” Alhamdulillah.. Sudah halal sebagai suami isteri.. Terbina masjid di hari Jumaat yg mulia.. Moga bahagia hingga ke Jannah.. Aamin ya Mujib ya Arhamarrahimin” tulis Suria.

” Smoga this time berkekalan hgga ke jannah yaa utk kedua2 nya.” tulis Ira

Sementara itu seorang ntizen berdoa dan berharap agar ini perkhwinan yang terakhir buat Engku Emran yang sebelum ini pernah dua kali ggal dalam perkhwinan.

” Yang ke-3 kali..semoga ini yang terakhir buat engku emran..apapun tahniah dan semoga kekal ke Jannah,” tulis Ekudz.

Sumber:k0smo dan IG Sharnaaz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*