Belon panas yg Noor Nabila naik rupanya Engku Emran pernah bawa org lain

Umum mengetahui, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila dilamar Engku Emran di atas belon udara panas beberapa minggu sebelum melangsungkan majlis pernikahan pada

Jumaat lalu.Terbaru, sebuah agensi media Indonesia, Surya Citra Media melaporkan Emran dikatakan mungkin pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isteri Laudya Cynthia

Bella.Menerusi laporan video di saluran Youtube, media itu menceritakan kembali detik lamaran romantis Emran yang meminta Nabila melihat nota ‘Nikoh Jom’ yang diletakkan di atas rumput sambil menyarungkan sebentuk cincin.

Menurut laporan tersebut lagi, selain itu Emran dan Laudya juga masing-masing dilihat mengikuti akaun @myballoonadventure di Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.

 

“Lantas benarkah ini petanda jika dulu Bella dan Emran juga pernah menghabiskan waktu berdua di atas belon udara tersebut,” kata media berkenaan.
Setakat ini, video berkenaan menerima hampir 27,000 tontonan selain pelbagai reaksi netizen mengenai perkara tersebut.

Ada yang mendoakan kebahagiaan Emran dan Nabila, malah ada juga individu mengecam tindakan Emran apabila sering gagal melalui perhubungan rumah tangga dengan sebaiknya.

Tahniah! Secocok

Doa yang baik2 saja “Dasar buaya darat”

Moga Bella kuat…

Malah lebih menguatkan kenyataan, dalam sebuah video lain di Youtube pada 2017, kelihatan pasangan itu bersama Engku Aleesya (anak hasil perkahwinan Emran & Erra Fazira) bersiar-siar di atas udara menaiki belon panas tersebut.

Video lama Emran & Laudya bersama Aleesya

Korang tengok video Minit 41:43

 

Untuk makluman, ini adalah perkahwinan ketiga bagi Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra dan Laudya berakhir dengan perceraian.

Engku Emran merupakan seorang Chief Executive Officer (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd dan Chief Operating Officer (COO) Suria FM.

Jika melihat akun Instagram-nya, Engku Emran merupakan seseorang yang gemar besukan

Ia kerap menyertai pertandingan larian

Sebelum dia  memutuskan untuk berkahwin dengan Noor Nabila hari ini, Engku Emran pernah  berumah tangga dengan penyanyi Malaysia, Erra Fazira, pada 2007 dan pelakon terkenal dari indonesia Laudya Cynthia Bella

Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia.

Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah bercerai dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.

Engku Emran tampil berbeza?

Terdahulu PERCERAIAN dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada Julai lalu dikatakan memberi kesan terhadap Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Lebih sebulan bergelar duda, keadaan Emran dikatakan tidak terurus berbanding ketika bergelar suami yang sentiasa kelihatan kemas dan segak.

Gambar penampilannya yang tidak kemas dipercayai selepas melakukan aktiviti berbasikal yang dikongsikan di media sosial ternyata mengundang perhatian ramai.


Tidak seperti dahulu, Emran kelihatan tampil berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya.

Yang pasti, netizen segera membuat perbandingan imej yang dulu dengan sekarang dan menganggap apa yang berlaku ada kaitan dengan perceraiannya.

Emran mengahwini Laudya pada 8 September 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan bercerai secara baik. Mereka juga tidak dikurniakan anak.

GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran turut menjadi perbualan hangat netizen di negara seberang.

Rata-rata media Indonesia memantau Instagram bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella bagi melihat reaksi pelakon popular itu berhubung khabar angin tersebut.

Menurut laporan DetikHot, sehingga kini Laudya masih lagi tidak memberi sebarang komen mengenai gosip membabitkan bekas suaminya itu.

Hasil tinjauan di laman Instagram mendapati Laudya hanya berkongsi hadis mengenai takwa dan mempromosikan jualan telekung di laman sosialnya itu.

“Teman-temanku… selamat berjuang agar kita selalu bertakwa. Semoga Allah bersihkan hati kita kerana letak takwa di dalam hati.

Foto terbaharu dikongsi Engku Emran di Instagram jadi perbualan netizen Indonesia.

“Selamat beribadah di hari Jumaat teman-temanku yang baca ini,” tulisnya pada hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman tersebut.

Bagaimanapun, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak menghadkan komen-komen yang diterima daripada pengikut.

Laudya berkongsi mengenai ilmu agama di laman Instagram.

Ini Resp0n Erra Fazira Pula Selepas Bekass Suaml Engku Emran Dah Bernlkah Dengan Noor Nabila

KUALA LUMPUR: Artis terkenal, Erra Fazira menitipkan doa semoga bahtera rumah tangga yang dibina bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila Mohd Noor akan berkekalan hingga ke syurga.

Kata pelakon dan penyanyi masyhur itu, harapannya juga pasangan pengantin baharu itu akan mengecapi kebahagiaan z.ahir dan b.atin di dunia dan a.khirat.

“Tahniah buat pengantin baharu. Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhirat,” kata Erra ketika dihubungi.

Engku Emran, 46, menamatkan zaman duda buat kali kedua dengan menikahi Noor Nabila, 36, yang juga kakak kepada usahawan dan s.elebriti m.asyhur, Neelofa pada pagi Jumaat.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Engku Emran dan kedua buat Noor Nabila.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun, menoktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014.

Personaliti media itu kemudian bertemu jodoh dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.

Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, Laudya mengumumkan pernikahannya dengan Engku Emran sudah berakhir.

Manakala, Noor Nabila pula pernah bernikah dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada Julai 2020 selepas hampir setahun berhadapan k.risis rumah tangga.

Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun

Sumber: Cari Forum , Youtube Surya Citra Media& Gerak Geri Artis

Kredit: Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*