Kata-Kata Padu Zul Ariffin Bila Nama Dia Kena Petik Selepas Intan Najuwa Putus Tunang

Nama pelakon Intan Najuwa kembali hangat diperkatakan selepas status pertunangan menjadi persoalan ramai apabila didkwa sekejap okay dan tiba-tiba dikatakan putus pula.

Menerusi satu perkongsian di Instastory pada Isnin, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid mengesahkan dia bukan lagi tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

” Alamak… ada lagi soalan ini. Kami berdua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah gembira dengan kehidupan dia. Saya pun dah gembira dengan kehidupan saya.

” Harap selepas ini tak ada soalan ini lagi okay,” jawab Intan Najuwa kepada pertanyaan seorang peminat.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila nama aktor Zul Ariffin turut terkait.

Menjawab perkara itu, Zul Ariffin tampil menafikan dkwaan dia menjadi punca atau orang ketiga penyebab hubungan aktres Intan Najuwa dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli berakhir.

Menurut Zul, dia tidak mengetahui mengenai status hubungan Intan sebagai tunangan orang dan menegaskan namanya hanya dikaitkan dengan aktres tersebut sebelum ini disebabkan drama lakonan mereka berjudul Setelah Ku Dimiliki (2019).

Bagaimanapun pemilik nama Zulkifli Ariffin ini memberitahu dia sudah lali apabila dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem.

” Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu melibatkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia dah putus.

” Saya tak tahu pun (Intan putus tunang)… saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang dah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.

” Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan… jadi suka hati la, ” kata Zul kepada mStar.

Zul yang berusia 35 tahun itu ditemui ketika tayangan perdana filem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya pada Isnin.

Terdahulu, Intan mengesahkan hubungan dia dengan bekas tunangnya sudah berakhir dengan menjawab soalan netizen menerusi ‘Ask Me Question’ di Instastory pada Isnin.

Malah pada Isnin, mStar menerima kiriman emel yang mendakwa pelakon berusia 24 tahun itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan Zul Ariffin.

Pada Februari 2020, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu dilaporkan sudah berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

Hantaran terbaru Intan

Sementara itu dalam satu hantaran terbaru, Intan Najuwa tampil mempertahankan diri dengan mengatakan tidak ada istilah orang ketika yang menjadi penyebab kepada keretakan hubngan dengan bekas tunang.

” Saya dan bekas tunang dah lama putus. Dan sebab kami putus tidak ada kena mengena dengan orang ketiga atau apa-apa.

” Saya dah jelaskan sejelas-jelasnya. Sekurang-kurang hubungi saya sebagaimana wartawan-wartawan lain buat.

” Saya akan jawab dan jangan main temb4k sahaja. Perkara ini tidak betul,” tulis Intan.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*