‘Mudahkanlah Bagiku Urusanku’ – Neelofa Nikah Hujung Minggu Ini?

Sejak semalam, timbul dakwaan mengenai Neelofa dan PU Riz bakal menamatkan zaman bujang mereka pada hujung minggu ini. Antara tarikh yang hangat diperkatakan oleh netizen adalah antara 25 hingga 27 Mac ini.

Di Instagram, Neelofa memohon doa daripada netizen semoga urusannya dipermudahkan.

Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Neelofa, dia memohon kepada netizen supaya membacakan ketiga-tiga doa tersebut di dalam setiap doa mereka. Tambah Neelofa, dia berharap semua urusannya dipermudahkan. Di ruangan komen, rata-rata netizen masih membuat dakwaan bahawa urusan yang dimaksudkan oleh Neelofa itu merupakan urusan majlis perkahwinannya yang dipercayai bakal berlangsung hujung minggu ini. Namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa mahupun keluarganya mengenai dakwaan tersebut.

Always doa untuk you love.

Amin, Tak sabar tunggu hari paling bersejarah buat Neelofa.

Semoga dipermudahkan segala yang dirancang.

Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen bahawa mereka tidak sabar untuk menunggu majlis perkahwinan Neelofa dengan PU Riz. Mereka juga berharap segala yang dirancang oleh Neelofa akan dipermudahkan oleh Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*