Lelaki ini sanggup gali balik pus4ra isteri. Sebab dia buat begitu didedahkan

Apa yang jelas, perasaan itu normal bagi seseorang manusia. Kesedihan adalah suatu tanda yang membuktikan hakikat kehidupan. Jika kita mengelak perasaan tersebut, kita tidak akan mengenali diri sendiri.

Apabila kita merasai perasaan tersebut, secara langsung membantu kita memahami nilai kesedihan dengan lebih mendalam.

Tidak dinafikan kehilangan insan yang disayang merupakan momen sukar untuk diterima. Seperti sebuah video yang viral di Indonesia memaparkan seorang lelaki dipercayai suami telah menggali kubur arwah isterinya untuk melepaskan rindu yang terpendam selama ini. Memang sedih!

Gali kbur isteri

Kejadian ini berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia menyaksikan seorang suami telah bertindak menggali makam arwah isterinya.

Tindakan tersebut dipercayai si suami tidak dapat terima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah meninggal dunia.

Video menunjukkan individu itu berusaha sekuat tenaga dengan menggali kubur berkenaan menggunakan sebatang cangkul tanpa dibantu sesiapa.

Di akhir video, si suami kelihatan tersungkur di kubur isteri sebelum kerja menggali itu selesai.

Belum move on, masih rindu isteri

Memandangkan betapa besarnya impak perasaan sedih, maka ramai berbicara hal itu. Ada yang memberi nasihat supaya kita jangan bersedih, berhenti bersedih serta mengelak daripada bersedih.

Apa yang jelas, semua nasihat tersebut ada kebenarannya namun perlu dikupas dengan rasional dan teliti agar dapat membantu jiwa yang bersedih.

Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah hubungannya dengan setiap perkara di dunia kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang pernah diberikan, ilmu yang dimanfaatkan serta anak yang soleh. Itulah pelaburan yang masih bermanfaat sekalipun seseorang itu sudah lagi tidak tinggal di dunia suatu hari nanti.

Berdasarkan maksud hadis di atas, benarkah kita langsung tidak boleh menghulurkan sebarang pahala kebaikan buat mereka di alam barzakh?

Sebenarnya ada beberapa kategori amalan yang boleh disedekahkan yang dibahaskan oleh para ulama.

#1- Pahala Daripada Doa
Menurut ijma ulama, doa buat orang-orang yang sudah mati bermanfaat dan pahala doa tersebut boleh disalurkan kepada mereka. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (daripada Muhajirin dan Ansar) berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih duhulu daripada kami.” (Surah Al-Hasyr 59:10)

Malah Rasulullah SAW juga pernah berdoa buat ahli perkuburan Baqi’.

“Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami” (Hadis riwayat Abu Daud dan selainnya)

#2- Pahala Daripada Sedekah
Pahala daripada sedekah juga boleh diniatkan buat orang yang telah meninggal dunia.

Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia tanpa sebarang wasiat. Aku berasa dia akan berkata (mewasiatkan) kepadaku agar bersedekah jika dia boleh bercakap. Adakah dia akan mendapat ganjaran jika aku bersedekah dengan diniatkan ke atasnya? Nabi SAW menjawab: Ya.” (Riwayat Muslim, no. 1004)

#3- Pahala Daripada Bacaan Al-Quran
Berkaitan pembacaan Al-Quran, ada sekumpulan ulama yang berselisih pendapat sama ada pahala daripada bacaan Al-Quran sampai kepada si mati ataupun tidak.

Yang masyhur dalam Mazhab Syafie adalah pahala bacaan tersebut tidak sampai. Walau bagaimanapun, pihak yang berpendapat bahawa pahala tersebut sampai adalah seperti Imam Ahmad, segolongan ashab Imam Syafie serta segolongan ulama yang lain.

Bolehlah berdoa selepas selesai membaca Al-Quran dengan niat:

“Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada …… (nama orang yang diniatkan)”.

Sumber: Kosmo | Fakta.Indonesia via Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*