‘Jangan Cmburu Dengan Rezeki Orang Lain’ – Status Dimuatnaik PU Riz Raih Perhatian

Sejak beberapa hari lalu, hngat diperkatakan mengenai selebriti Noor NeeIofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga minggu ini.

Ia bermula selepas seorang pengguna memuat naik video Riz atau Haris Ismail, 26, berada di sebuah kedai pakaian membelek samping songket.

Namun video itu telah dipadam selepas beberapa jam dikongsi di laman tersebut.

Khabar angin itu diperkuatkan lagi dengan perkongsian status NeeIofa di Instagram beliau yang memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.

Malah terbaru kali ini inai pada jari NeeIofa pula menjadi topik sebutan ntizen kerana ia seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Sementara itu berdasarkan semakan di Instagram PU Riz pula, tidak ada apa-apa status atau perkongsian dimuatnaiknya bagi memberi gambaran beliau akan bernikah dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun menerusi satu status yang dikongsikan di Insta Story, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, berkongsi satu ayat yang menarik perhatian.

” Jangan cemburu dengan rezeki orang lain. Rezeki kita nanti Allah bagi, SABAR. Allah itu tidak kjam, janji kita kena usaha.

” Rugi kita mengalah sebelum sampai penghujungnya. Allah ada sesuatu yang cantik dan terbaik buat kita pada masa yang tepat,” tulis ayat tersebut yang dikongsikan PU Riz.

Tidak dinafikan apa sahaja perkongsian sama ada dari NeeIofa, PU Riz mahupun ahli keluarga mereka menjadi perhatian.

Mungkin kerana nama NeeIofa yang berstatus selebriti popular dan memiliki raut wajah antara tercantik di Malaysia membuatkan kisah pernikahan dengan PU Riz paling dinantikan.

Pun begitu, meskipun timbul pelbagai dkwaan dan spekuIasi, namun sehingga kini baik NeeIofa atau Riz masih mengunci mulut tentang perkara itu.

Pada Rabu, NeeIofa memuat naik hantaran tiga potongan doa memohon orang ramai mendoakan agar segala urusnya dipermudahkan.

Gara-gara perkongsiannya itu, ramai peminat mengandaikan ia berkaitan majlis perkahwinannya dengan Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat atau Sabtu ini dan bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Turut mencuri perhatian semalam apabila Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, menerusi sebuah posting di Facebook memberikan doa khas kepada Neelefa dan PU Riz.

” Untuk NeeIofa, saya doakan untuk hari mendatang agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik.

” Semoga NeeIofa menjadi isteri solehah dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yang baik yang Allah bagi ini,” katanya.

Sumber :mstar dan IG PU Riz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*