Beberapa jam sebelum nikah, Ustazah Asma sempat masej Neelofa sampai buat dia sebak

BEBERAPA jam sebelum pengacara Noor Neelofa Mohd Noor menamatkan zaman bujang, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma Harun mendedahkan dia ada menghubungi selebriti terkenal itu.

Dalam perbualan mereka itu, Asma berkata dia sebak dan terharu apabila Neelofa memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Pencetus Ummah (PU) Riz pada pagi Sabtu.

“Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau… memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila.

“Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan. Sungguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.

“Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya,” katanya.

Perkongsian Ustazah Asma Harun di laman Instagram.

Ustazah Asma berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik mesej perbualan mereka.

Semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga!

Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Ustazah Asma tunjuk mesej perbualannya dengan Neelofa pada pagi Sabtu.

Meskipun tiada di majlis pernikahan itu, Asma tetap menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

“Subhanallah, semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga.

“Semoga Puan Neelofa menjadi isteri solehah dan sentiasa dijaga, disayang, dicintai oleh suamimu Ustaz Muhammad Haris yang soleh. Tahniah buat kedua-duanya,” tulis Asma.

SELEBRITI terkenal Neelofa mendedahkan dia mula mengenali suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz sekitar Jun 2017 dan pernah bekerjasama dalam sebuah projek pada 2018 namun terputus hubungan selepas kolaborasi tersebut.

Bagaimanapun setahun yang lalu, mereka kembali berhubung dan mula mengenali hati budi masing-masing.

Malah Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 31, menyifatkan sikap baik hati, lemah lembut, dan matang jejaka itu membuatkan hatinya terpikat.

“Selepas kolaborasi pada 2018, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Daripada titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.

“Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*