Isu Fashion Show L4nggar SOP, Aeril Zafrel Bengng Digel4r Anak B*** – “Mak Ayah Saya Dah Men1nggal …”

Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel, 33, menafikan dakwaan yang dia langsung tidak mengenakan pelitup muka (mask) ketika berada di pertunjukan fesyen jenama tempatan pada Rabu lalu.

Aeril berkata ketika rakaman video itu dibuat dia sedang duduk di kerusi yang disediakan pihak penganjur.

Enggan memanjangkan isu tersebut, pemilik nama Suhairil Sunari memohon maaf secara terbuka di laman Twitter miliknya.

“Sepanjang majlis saya pakai saja mask. Cuma waktu dah duduk tu saya buka sekejap. Tapi masa tu juga ada org rakam. Mintak maaf ya.

“Saya salah. Banyak kali dah saya mintak maaf ni.

“Dah mintak maaf dan dah mengaku kesilapan. Takpa selagi aku belum tidur ni aku explain la satu-satu,” antara komen balas Aeril kepada warganet yang tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, pelakon Tercipta Satu Ikatan itu turut meluahkan rasa beng4ng apabila ada netizen yang terg4mak menggelarkannya sebagai anak b***.

“Saya tahu saya salah, sebab waktu itu buka mask. Tapi nak cakap saya anak b*** saya tak boleh terima.

“Mak ayah saya dah men1nggal. Kenapa nak b***kan mereka?” balasnya lagi.

Sebelum ini, viral sebuah video yang merakamkan suasana ketika acara pertunjukan fesyen tempatan yang didakwa tidak mematuhi standard operasi standard (SOP).

Aeril dan isteri, Wawa Zainal antara jemputan selebriti yang hadir pada malam itu.

Terdahulu, Aeril pernah disahkan posit1f Cov1d-19 selepas berkunjung ke rumah pembantu peribadinya yang kurang sih4t pada 19 Januari lalu.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*