“Merdunya suara PU Riz” kali pertama jadi imam selepas bergelar suami Neelofa

Media soslal harini sangat meriah dengan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan pengacara terkenal Neelofa dan PU Riz. Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan dan kelihatan sangat berseri-seri.Neelofa telah sah menjadi isteri kepada PU Riz hanya dengan sekali lafaz. PU Riz kelihatan sangat tenang semasa berjalan masuk ke dalam dewan dan membacakan doa untuk memulakan majlis.

Majlis pasngan ini di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Paasangan pengantin dan juga para tetamu yang hadir berpakaian serba putih bagi menepati tema majlis yang diadakan.

Pelamin pasaangan ini turut mencvri tumpuan kerana dikatakan mengambil tema sempena penyatuan Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah.

Rekaan pelaminan tersebut di sempurnakan oleh Reka Teemor. Bongkar pereka pelamin lagi pelamin berkenaan mengambil masa selama hampir 3 minggu untuk disiapkan. Majlis yang mengangkat tema warna putih itu juga turut membawa maksud kesucian dan penyatuan dua hati.

Kongsi beberapa Instagram yang dipercayai milik peminat kepada Neelofa, rekaan cincin yang dibelikan PU Riz buat Neelofa juga adalah pilihan oleh PU Riz sendiri.Neelofa yang buat pertama kali melihat cincin tersebut membji citarasa bakal suaminya itu yang pandai memilih dan mempunyai citarasa yang tidak kurang hebat.

Instagram peminat Neelofa itu juga turut berkongsi semula beberapa perkongsian daripada adik beradik Neelofa dimana PU Riz telah menjadi imam kepada mereka sekeluarga setelah selesai acara akad nikah sebentar tadi.

Jika sebelum ini PU Riz hanya sebagai tetamu jemputan namun kali ini perbezaan dapat dirasai apabila buat kali pertama mengimamkan keluarga isterinya sendiri dan telahpun bergelar suami kepada Neelofa.

VIDEO

Peminat juga memuji suara PU Riz yang kedengaran sangat merdu melontarkan bacaan ayat suci Al-quran. Berikut dikongsikan beberapa komen para peminat.

Selamat pengantin baru diucapkan buat Neelofa dan PU Riz. Semoga fasa baru dalam kehidupan mereka ini membawa seribu rahmat untuk hari-hari yang akan datang.

Mudah-mudahan juga pasaangan ini dikurniakan zurlat yang soleh dan solehah sebagai penyambung keturunan. Ramai yang tertunggu Neelofa dan PU Riz junior.

Sumber: lovestory.me2 via sinetronmalaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*