PU Riz akhirnya bagitahu apa yg dia harapkan dari perkahwinan ini

Kuala Lumpur: Pencetus Ummah (PU) Riz berharap perkahwinan yang dibina dengan Neelofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).

Riz yang selamat bergelar suami kepada pengacara dan pelakon itu kelmarin berkata, dia turut berharap perjalanan rumah tangga yang dibina bakal membawa mereka ke syurga.

“Impian saya untuk perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga. Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.

“Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga,” katanya dalam satu video yang dikongsikan adik Neelofa iaitu Nur Atisha Khan menerusi saluran YouTube miliknya.

Dalam video yang dirakam semasa majlis pertunangan pada 1 November tahun lalu, Neelofa turut meletakkan harapan supaya perkahwinan itu menjadikannya seorang wanita dan isteri solehah.

“Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti,” katanya dalam rakaman terbabit. Menerusi rakaman berkenaan, keserasian dan kemesraan Neelofa dan Riz jelas terpancar apabila mereka saling bergurau antara satu sama lain.

Turut dimuatkan dalam video berkenaan ialah detik Neelofa disarungkan cincin oleh ibu Riz iaitu Datin Seri Normah Johar.

Kelmarin, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor sah bergelar isteri Riz dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

NeeIofa sering memuji Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.

” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*