Belum Settle Kes L4nggar SOP, Sekali Kant0i Rentas Negeri Pula. Ini Tempat Yg Mereka Pergi

Baru sahaja tiga hari mendirikan rumah tangga, hari ini hangat diperkatakan apabila tular di media sosial mend.akwa Neelofa dan suami tiba di Langkawi.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen turut memuat naik gambar paparan skrin sebuah posting dari Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.

Lebih mencetuskan s.pekulasi, perkongsian di Facebook itu turut menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’.

Dalam pada itu menerusi Facebook, seorang netizen bernama PakYuss MoSalah turut berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya PU Riz dengan tag lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Susulan itu, rata-rata netizen terk.ejut serta mempers.oalkan mengenai dak.waan tersebut berhubung s.oal rentas negeri.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut. Hasil tinjauan di Instagram Neelofa tiada sbarang muat naik mengenai dakwaan berkenaan.

Akaun Facebook Sudah Hilang

 

“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi,” tulis PakYuss MoSalah.
Berikutan itu, warganet di Twitter mula memberikan pelbagai reaksi mengenai dakwaan tersebut terutama soal rentas negeri.

Guna agensi kot?

Didakwa L4nggar SOP, Keluarga Neelofa Dipanggil Beri Penerangan Esok

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan keluarga selebriti popular, Neelofa dipanggil memberi keterangan esok.
Ia berhubung isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan Sabtu lalu.

Mohamad Zainal berkata, selain daripada keluarga Neelofa, penganjur acara majlis pernikahan itu juga dijangka memberi keterangan bersama.

“Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan hari ini tetapi ditangguhkan esok bersama keluarga Neelofa.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung SOP.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Namun, satu gambar tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

‘Berat Tangan Ini Melepaskanmu Sayang…’ – Ibu Titip Ucapan Istimewa Buat Neelofa, Sebak!

Ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini menerusi laman sosial di Instagram turut berkongsi ucapan istimewa buat anak kesayangannya yang akan melayari bahtera perkahwinan.

‘Wahai anakku, Neelofa’

Doa dan ucapan khas dari Noor Kartini yang dituju kepada anaknya itu undang sebak netizen. Noor Kartini turut mendoakan agar segala urusan rumah tangga yang diharungi oleh pasangan pengantin baru ini akan sentiasa dipermudahkan. Sebagai ibu, dia turut mengakui sukar untuk melepaskan Neelofa ke pangkuan seorang suami bernama Haris Ismail.

Wahai Anakku sayang Neelofa, taati dan sayangilah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah. Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayangku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetapi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah. Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah.

Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian daripada adik-beradik Neelofa menyaksikan PU Riz telah menjadi imam kepada mereka sekeluarga setelah selesai acara akad nikah, tempoh hari. Jika sebelum ini, kita hanya melihat PU Riz sebagai tetamu jemputan namun kali ini perbezaan dapat dirasai apabila buat kali pertama mengimamkan keluarga isterinya sendiri.

Sumber: Noor Kartini, lovestory.me2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*