Rasanya ramai sudah mengetahui bahawa pasangan usahawan selebriti ini, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel merupakan pasangan yang sangat meminati filem-filem Bollywood sehingga sudah acap kali video mereka menari persis bintang kegemaran tular.
Sehingga orang ramai juga seronok kerana dapat menyaksikan pasangan selebriti sama cantik, sama padan ini bukan sahaja menghasilkan video Bollywood malah juga boleh menari dengan begitu baik.
Jika sebelum ini, marketing Wawa Zainal dan Aeril Zafrel itu bagi melancarkan produk terbaharu dengan menghasilkan video aksi hebat, nampaknya pasangan ini tidak melepaskan peluang untuk merakam video Bollywood bersama dengan produk terbabit.
Namun begitu, nampaknya juga peminat begitu teruja kerana Wawa Zainal diruangan Instagram peribadinya memuat naik rakaman penuh video dimana dia bersama team Wawa Cosmetics memilih untuk menari seperti salah sebuah filem popular, Main Hoon Na.
Walau bagaimanapun, sekali lagi usaha pasangan ini mendapat pujian kerana dari awal sehingga akhir video yang berdurasi lebih empat minit ini dihasilkan sama persis seperti filem terbabit.
View this post on Instagram
Video dimuat naik itu ternyata juga menerima ribuan pujian warganet yang bukan sahaja memuji pasangan tersebut malah pasukan yang terlibat turut dipuji.
“Power lah team Wawa. Letops teruk… fuh tengok video ni rasa nak beli pulak… ish best sangat”
“Power”
“Hahaha sebijik-sebijik tiru! Geram je tengok”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HCL
Leave a Reply