‘Maafkan Linda Bu’ – Linda Onn Luah Kerinduan, Masih Terkejut Kehilangan Ibu Tersayang

Penyampai radio, Linda Onn baru-baru ini telah kehilangan ibu tersayang buat selama-lamanya. Difahamkan, ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mac lalu namun, kini dia mengakui baru mempunyai kekuatan untuk memaklumkan berita sedih itu kepada umum setelah tiga minggu.

Linda Onn menerusi perkongsian di laman Instagram telah memuat naik sebuah video bersama ibunya. Dia turut memaklumkan ibu tersayang telah pergi menghadap Ilahi pada tiga minggu lalu. Linda turut mendedikasikan dan meluahkan rasa kerinduan kepada seorang insan paling bermakna dalam hidupnya.

Setelah 3 minggu berlalu, baru ada sedikit kekuatan untuk Linda post ni. Bu, ibu tak ada sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ni Linda takut kalau ibu sakit. Ibu tak ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau buah pinggang, ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda.

“Tapi nak dijadikan asbab. Tiba-tiba ibu mengadu sakit perut. Mudah sungguh ibu pergi bu. Tak menderita lama. 2 minggu je ibu sakit. Lepas tu ibu pergi selamanya. Cepat sangat bu. Rasa macam mimpi. Linda masih terkejut. Masih tak percaya. Bu, ibu pergi begitu mudah tapi Linda yang tinggal ni makan masa untuk terima ketiadaan ibu. Sakit bu…”

Sementara itu, Linda Onn memberitahu dia masih terkejut akan berita pemergian ibunya itu. Dia juga menzahirkan rasa terima kasih kepada ibunya yang telah menjaga dan membesarkan dirinya sehingga kini.

“Bu, ibulah ibu, ibulah penasihat apa saja keputusan Linda, ibulah teman baik Linda, ibu yang beri kasih sayang suci dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ibu segala-galanya. Ibu tak pernah penat pesan dan nasihat Linda, bu. InshaAllah Linda pegang semua nasihat ibu.”

Terima kasih bu kerana pilih untuk duduk serumah dengan Linda walaupun adik-beradik lain berebut nak ibu. Banyak sungguh masa kita bersama bu… Alhamdulillah.

Terima kasih bu kerana pilih Linda untuk lihat ibu dinafas terakhir ibu. Terima kasih bu kerana jaga Linda daripada kecil sampai sekarang. Terima kasih bu kerana jaga Zara sejak lahir sampai usia 3 tahun dengan belaian kasih sayang. Maafkan Linda bu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*