‘Dia Pak Lawak, Orang Kritik Macam2 Tapi Dia Tetap Tenang’ – Luahan Isteri Atu Zero, Sayu Lihat Suami

” Dia menang atau tidak, saya tetap akan mnangis”

Itu antara luahan isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari yang sayu melihat keadaan dan usaha suaminya bekerja mencari rezeki demi keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shafeeqa meluahkan isi hatinya baru-baru ini yang membuat ramai tersentuh.

Shafeeqa berkata, suaminya tetap tersenyum walaupun menerima komen n.egatif dari sesetengah pihak yang gemar memberikan krit1kan atau memperIe.kehkan kerjaya orang lain.

” Percaya atau tidak, saya hanya menunggu update dari peminat sahaja setiap kali berlangsung live yang melibatkan suami.

” Jarang saya ikut dia bekerja. Nanti dia risau saya duk mana. Kalau kat umah memang sah-sah selamat.

” Sayu hati bila tengok dia bekerja… Sebab kita tengok dia mencari idea, luahan hati hanya isteri sahaja yang tahu.Ibarat kita tengah tengok suami bancuh simen buat kerja kontrak tepi jalan…

” Sayu… Dia menang ke tak saya tetap akan menangis.

” Nampak je kan garang muka ku ni kan… Tapi hati ku tisu. Bukan bayaran yang saya bayangkan, tetapi kepenatan dia.

” Dia dekat rumah bukan seperti di atas pentas, jauh lebih matang dari usianya. Masa depan anak, hala tuju kami semua bermain difikirannya.

” Dia pak lawak di pentas, orang k.ritik macam-macam, tapi dia tenang. Kadang-kadang dia gelak tengok ntizen komen.

” Kalau saya dah huru hara dah perasaan ni. Alhamdulillah… Tahniah… Semoga Allah permudahkan urusan mu wahai encik suami. InshaAllah berkat rezeki yang dicari,” coretnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Atu kini sibuk membuat persediaan untuk pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) bersama kumpulan U.N.I yang dinggotai oleh Fad Bocey dan Fakhrul UNIC.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107). MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Kenali Atu Zero

Atu Zero atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif dilahirkan pada 20 April 1992.

Sepanjang penglibatannya sebagai artis, Atu Zero telah terlibat sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Dia merupakan anggota Kumpulan Zero bersama abang-abangnya iaitu Syaiful dan Sharif.

Atu dan abang-abangnya Kumpulan Zero berasal dari Kudat, Sabah.

Bersama Kumpulan Zero yang sebelum itu menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014, nama Atu antara yang paling menyerlah dan sering dipanggil menjadi pengacara dan pelakon jemputan.

Atu berkata, dia mahu mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia selain mahu membantu keluarga mereka di kampung yang terletak di Kudat, Sabah.

Setelah kem4tian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara.

Sebelum itu, Atu bersama abangnya yang lain bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka.

Sumber:gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*