Wanita 10 Anak Mnangis Dpn Umah Lepas Kena Halau. Sehinggalah Dtg LeIaki Ni Baru Tahu Semua Cerita

RosIiza Hassan, 37, tidak pernah menyangka air mata kesdihan memikirkan nsib 10 anaknya selepas diminta berpindah dari rumah sewa bertukar kesyukuran hasil perkongsian gambar di Instagram (IG) oleh pemuda tidak dikenalinya.

Smuanya bermula apabila jurugambar bebas Keow Wee Loong, 33, terserempak dengan Rosliza kira-kira jam 7 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke kedai makan.

Biarpun mereka saling tidak mengenali namun perkongsian gambar wanita itu yang kelihatan buntu bersama Ionggokan barangan di luar rumah seperti tilam, peti ais dan perabot menarik perhatian ramai.

Apa yang mengharukan, tidak sampai beberapa jam selepas diminta keluar dari rumah sewa, Rosliza dan 10 anaknya kini sudah memasuki kediaman baru di Taman Machang Bubok, di sini, hasil bantuan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

RosIiza berkata, dia bukan dihalau tetapi diminta keluar dari rumah sewa kerana pemilik sudah menjualnya kepada pembeli baru.

” Saya tiada pilihan melainkan berpindah dan mencari penempatan lain. Tapi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah, ia tidak mencukupi untuk mencari kediaman baru.

” Saya menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 2011 dan wang itu yang digunakan untuk membayar sewa rumah.

” Apabila diminta keluar dari rumah sewa, saya jadi buntu kerana tiada simpanan untuk membayar wang pendahuluan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Perkongsian Keow mengenai kesusahan Rosliza di IG. (Gambar kanan) Steven bertemu dengan Rosliza yang hilang tempat berteduh. Foto ihsan Kkeow Wee Loong

Menurutnya, meskipun anak sulung dan kedua yang berusia 21 serta 20 tahun turut bekerja sebagai pembantu di kedai makan namun pendapatan mereka juga tidak seberapa.

” Jadi bagaimana kami mahu berpindah ke rumah baru. Mujurlah ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Keow berkata, dia terserempak dengan Rosliza secara kebetulan ketika dalam perjalanan untuk bersarapan.

” Saya tergerak untuk membantu lebih-lebih lagi apabila melihat anaknya yang masih kecil.

” Lebih menyedihkan apabila lihat peti aisnya yang hanya ada makanan sudah tamat tarikh luput malah Kak Ros beritahu dia hanya mampu memberi anak makan nasi berlauk bawang dan kuah kari.

” Saya kongsikan kisah itu di IG dan gembira apabila ia mendapat perhatian segera YB Steven yang datang sendiri melihat keadaan Kak Ros,” katanya.

Keow berkata, dia cuba berunding dengan pemilik rumah untuk memberi lagi tempoh Rosliza dan anaknya tinggal di rumah berkenaan.

” Namun, panggilan tidak dijawab dan disebabkan kasihan dengan anaknya, saya cuba dapatkan penempatan lain.

” Usaha itu berhasil dan Kak Ros bersama anaknya sudah berpindah masuk ke rumah baru di Taman Machang Bubok iaitu tidak jauh dari rumah sewa lamanya,” katanya.

Kena halau rumah sewa: Jangan menangis wahai ibu

KATA MP | Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan saudara Lim Guan Eng, tapi last minute, saya terima makluman ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tidak mampu bayar sewa.

Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun berkemas dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada sepuluh orang anak, paling kecil hanya berumur tiga tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya.

Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

Saya bagi tahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini, keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala.

Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan kakak-kakak ke Tesco BM untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan.

Cashier pun terkejut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan sehingga hujung Syawal.

Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga.

Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan kegemaran mereka.

Kebetulan di luar Tesco ada bazar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli. Jadi, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah beli baju raya.

Saya bagi tahu anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu.

Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Asal Cek Mau Pi Sekolah, pak cik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita.

Last sekali kami makan mekdi tepi Tesco. Bila nak order, semua diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan mekdi jadi tak tahu nak pesan apa.

Ok, takpa, pakcik tolong pesankan. Setiap seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.

Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti.

Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah 😅 sebab terlalu berat).

Ibu minta satu saja, mesin pengisar nak masak untuk anak-anak.

Terlupa beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama Khind.

Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu manis sekali.

Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat berkongsi kegembiraan itu.

STEVEN SIM ialah anggota parlimen Bukit Mertajam.

sumber: mkini, hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*