“Jenuh Simpan Rambut…”- Kecewa Dengan Watak Yang Dijanjikan Tetapi Diberikan Pada Orang Lain Pula, Luqman Hafidz Reda

Pelakon Luqman Hafidz terpaksa akur watak yang dinanti-nantikan dan telah dijanjikan oleh seorang pengarah telah digantikan dengan pelakon lain.

Menurut Luqman pada mulanya dia musykil kenapa watak itu tidak diberikan kepadanya namun akhirnya percaya kepada rezeki Tuhan.

“Susunan Tuhan tu kita jangan persoalkan. Jika itu rezeki kita, maka tetaplah rezeki kita. Jika bukan, ada yang menanti untuk kita.

“Setelah selesai satu supertele watak gangster di sebuah digital platform, aku dijanjikan sambungannya yang bakal disirikan kepada beberapa episod.

“Jenuh simpan rambut menunggu, sehingga terpaksa tolak banyak tawaran berlakon yang memerlukan rambut di potong.

“Tahu-tahu latihan fighting scene cerita tersebut bermula dan watak aku digantikan dengan pelakon lain.

“Entah hal apa yang terjadi, seingat aku director langsung tiada masalah dengan lakonan ataupun attitude di set. Tapi takpelah, aku anggap tiada rezeki,” luahnya.

Luqman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Namun Luqman gembira kerana dia ditawarkan untuk memegang watak tentera oleh satu produksi lain.

“Tepat waktu itu, aku di panggil oleh @zanaentertainment untuk mengahadiri casting secara tertutup, aku sentiasa percaya kepada proses casting kerana di situlah aku bermula.

“Alhamdulillah rezeki , director @mzulkarnainazhar dan @hammer.ops menyatakan mereka sendiri personally “hand pick” aku untuk watak tersebut.

>“Terima kasih untuk kepercayaan ini. Koperal Azran Ahmad callsign “Gaban”, marksman. Paskau. Air Force,” kongsinya.

Bakat lakonan Luqman mula dicungkil selepas membintangi filem Ola Bola The Musical pada tahun 2016.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*