Alhamdulillah Disebabkan Keprihatinan Netizen, Pelajar MRSM Yang Dihantar Oleh Bapanya Menaiki Motor Mendapat Bantuan

Baru-baru ini, perkongsian oleh timbalan pengetua MRSM Muar, cikgu Musa Muhamad Ali di Facebook telah tular di media sosial apabila seorang ayah yang gigih menaiki motosikal demi menghantar anaknya pada hari pertama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Namun, berikutan dengan kisah itu, Ketua Penolong Pengarah MARA, Zulkifli Hussain, kongsikan di laman Facebooknya tentang kisah anak ini yang dihantar dengan motosikal di Muar merupakan bukti bahawa pelajar yang dipilih ke MRSM adalah majoriti B40.
“Kami bawa anak-anak B40 masuk ke MRSM untuk mendapat pendidikan terbaik.”

Dia juga memaklumkan bahawa Kelab BUDI MARA dari MRSM Muar telah pun menziarahi keluarga ini untuk menyemak kelayakan mereka dari aspek sosio-ekonomic status (SES) yang menjadi salah satu ukuran utama dalam pengambilan pelajar BUDI pada 15 Mac 2021.

“Kami amat gembira apabila akhirnya dia mendaftarkan diri ke MRSM Muar.”

Tambah, anak pelajar ini juga telah ditawarkan bantuan di bawah Program BUDI-MARA yang meliputi penyediaan pakaian sekolah, kelengkapan asrama, alat tulis, duit saku, pengecualian bayaran wang caruman.

Dia juga mengucapkan tahniah kepada masyarakat yang menunjukkan kepekaan dan sifat keprihatinan terdapat golongan yang memerlukan apabila masing-masing memberi komen yang positif terhadap anak ini.

Ikuti perkongsian daripada Zulkifli Hussain;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: Zulkifli Hussain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*