‘Mungkin Pemalu Mcm Ayahnya’ – Usia Kndungan Dah 8 Bulan Tapi Bayi Ein Eudruce Tetap ‘Menyorok’ Lagi

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil lapan bulan mengakui masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.

Ain, 30, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, setiap kali membuat pemeriksaan dan imbasan, bayi dalam kandungan ‘menyorok’.

” Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan, bayi saya sangat ‘pemalu’. Susah betul saya nak tengok muka. Buat pemeriksaan 3D pun, memang tak boleh tengok, dia asyik menyorok saja.

” Doktor selalu cakap anak saya pemalu, tapi doktor mungkin lupa saya tak pemalu. Mungkin ikut bapa dia.

” Memang susah sangat nak tengok. Itu yang saya tak sabar nak bersalin dan tengok wajah bayi. Jantina pun tak tahu, bukan tak nak beritahu, tapi memang tak nampak.

” Seronok juga tak tunjuk jantina, sebab orang sekeliling saling berteka-teki lelaki atau perempuan.

” Macam-macam orang buat spekulasi lebih-lebih lagi kalau tengok perut saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ain yang menjadi tetamu jemputan pada rakaman program Melodi Raya 2021 bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa berkata, dia dijangka bersalin pada 22 Mei ini.

Dalam masa sama, Ain yang pernah berlakon dalam drama Camelia berharap dapat melahirkan anak secara normal.

” Sekarang usia kandungan sudah lapan bulan dan saya sangat gementar, Insya-Allah bulan depan bersalin. Doktor kata dalam 22 Mei, tapi saya menjangkakan lebih awal dari itu.

” Perasaannya sangat takut. Saya jumpa ramai kawan yang baru bersalin dan tanya perasaan dan pendapat mereka secara pembedahan atau normal.

” Ini kerana ramai cakap akan sakit, tapi saya tidak tahu apa perasaan sebab tidak pernah ada pengalaman bersalin.

” Walaupun takut, tapi teruja juga sebab nak tengok bayi macam mana. Tak sabar nak tengok muka macam mana.

” Kalau boleh nak cuba bersalin normal. Sebab lepas saya bersalin nanti dan tamat tempoh berpantang, saya terus masuk penggambaran JKK musim terbaharu.

” Kalau dapat bersalin normal senanglah saya nak jaga. Orang kata normal lebih senang sembuh jika dibandingkan dengan pembedahan,” katanya.

Sekilas info Ain Edruce

Dilahirkan di Jerteh, Terengganu pada 4 Ogos 1991, Ain terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paksa Rela.

Dibesarkan di Taiping, Perak, Ain merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Ain mendedahkan dalam temubual bersama New Straits Times bahawa beliau pernah menjadi mngsa perbuatan menghiina rupa fizikal semasa zaman remajanya.

Pada 13 Disember 2019 Ain dan suami selamat bernikah dan beliau telah mengumumkan kehamilannya pada 29 November tahun lalu.

Meskipun suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dikenali dengan sifat pemalu, Ain bagaimanapun menganggap suaminya itu sebagai pembawa tuah dan rezeki dalam kehidupan mereka.

” Saya anggap banyak rezeki selepas kahwin ini disebabkan Mirul. Bagi saya, he is my lucky charm… dia bawa rezeki kepada keluarga kami,” kata Ain.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*